Periksa Kenderaan Di PUSPAKOM Secara Sukarela, Percuma Sempena Aidilfitri

Puspakom Sdn Bhd menganjurkan Kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela  (VVI) secara percuma sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Tawaran pemeriksaan kenderaan secara percuma ini adalah bermula 3 Mei 2021 lalu.

PUSPAKOM yang ditubuhkan pada tahun 1994 merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.

Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya.

Orang ramai yang ingin membuat pemeriksaan PUSPAKOM percuma boleh ikuti kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela yang ditawarkan ini.

TEMPOH TAWARAN

Kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela ini adalah sepanjang tempoh berikut:

  • 2 hingga 12 Mei 2021 (8 pagi hingga 5 petang)

LOKASI PUSPAKOM

Kempen ini dilaksanakan di lokasi berikut:

  • SEMUA cawangan PUSPAKOM
  • Kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang

25 ITEM YANG DIPERIKSA

Orang ramai boleh dapatkan pemeriksaan 25 item kenderaan seperti berikut:

  • Cermin gelap
  • Lampu
  • Gelincir sisi
  • Bahagian atas/ bawah kenderaan
  • Asap
  • Tayar
  • Ujian brek
  • Suspensi

UNIT PEMERIKSAAN BERGERAK

Pemeriksaan percuma juga boleh didapati di:

  • 3 Mei 2021 – Wisma DRB-HICOM, SHah Alam
  • 8 Mei 2021 – Perkarangan Stadium Cheras, Kuala Lumpur
  • Masa: 9 pagi hingga 4 petang

CARA BUAT PEMERIKSAAN SUKARELA

Pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM percuma  boleh dibuat dengan tetapkan janji temu secara dalam talian di pautan berikut:

Fi pemprosesan MyPUSPAKOM yang dikutip sewaktu tempahan akan dipulangkan setelah pemeriksaan selesai. Orang ramai diminta untuk patuhi SOP yang ditetapkan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma