Senarai Semak Temuduga Untuk Program Pengajian UPU Lepasan SPM
Pemohon lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke program pengajian bertemuduga kini boleh buat semakan temuduga universiti. Tahniah kepada anda yang telah tersenarai dan layak untuk menghadiri sesi temuduga bagi menyambung pengajian ke peringkat universiti pilihan.
Dah bersedia ke belum nak hadir temuduga yang ditetapkan? Pasti semua calon masih belum pernah ada pengalaman hadir temuduga sambung belajar kan?
Jangan risau, untuk elakkan anda tidak ketinggalan dan dapat buat persediaan yang mencukupi, anda boleh lihat senarai semak temuduga di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SENARAI SEMAK TEMUDUGA PROGRAM PENGAJIAN
Berikut adalah senarai semak, iaitu perkara yang perlu diambil perhatian untuk persediaan temuduga program pengajian UPU:
1) Semak & Kaji
Pastikan anda semak dan kaji mengenai visi, misi, latar belakang universiti dan program yang ditawarkan.
2) Dokumen
Pastikan dokumen penting seperti berikut disemak dengan rapi:
- Resume
- Salinan kad pengenalan disahkan dan dipalang bagi kegunaan IPT sahaja
- Salinan sijil akademik dan disahkan
3) Persediaan
Buat persediaan dan latihan untuk soalan-soalan yang akan diajukan. Contohnya:
- Mengapakah anda memilih jurusan tersebut?
- Apakah yang akan tahu dan faham mengenai universiti penyelidikan
- Mengapakah universiti harus menerima anda sebagai seorang pelajar
4) Pengetahuan Am
Ambil tahu mengenai pengetahuan am dan isi semasa yang berhubung kait dengan jurusan pilihan anda.
5) Etika Pemakaian
Pakai pakaian formal yang kemas dan sopan semasa menghadiri temuduga.
- Lelaki: Jaket, seluar, kemeja dan tali leher
- Perempuan: Jaket, seluar, kemeja atau blouse dan tudung
6) Datang Awam
Pastikan anda datang awam sekurang-kurangnya 30 minit awal ke pusat temuduga. Sekiranya temuduga dilakukan secara atas talian, pastikan segala kelengkapan seperti mikrofon, kamera, aplikasi atas talian dan capaian internet yang stabil.
7) Komunikasi
Beri jawapan dan reaksi apabila diperlukan. Jawab soalan dengan yakin dan tenang dan jangan berikan jawapan negatif atau mempertahankan sesuatu yang anda tidak tahu.
8) Maklum Balas
Beri maklum balas dan tanya soalan yang berkaitan dengan jurusan tersebut. Contohnya:
- Apakah tiga perkara perkara penting yang perlu ada pada diri seorang pelajar bagi universiti ini?
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu calon yang akan menghadapi temuduga untuk melanjutkan pengajian di universiti pilihan.