Skim Bantuan Rumah LZNK: Mohon Bantuan Rumah RM45,000. Hanya Bayar RM280 Sebulan

Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan strategik bersama Bank Islam Malaysia Berhad membiayai perumahan asnaf melalui Pembiayaan Peribadi-i Asnaf (Zakat Kedah). Skim bantuan ini khusus untuk rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji/ elaun tetap bulanan antara RM1,200 hingga RM1,500.

Permohonan Skim Bantuan Rumah LZNK & BIMB kini dibuka sehingga 3 Julai 2021 kepada semua yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendapatkan rumah pertama dengan harga mampu milik dan kadar bayaran bulanan yang rendah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Bantuan Rumah LZNK dan cara membuat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Skim Bantuan Rumah LZNK dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 3 Mei hingga 3 Julai 2021

KADAR BANTUAN

Skim bantuan ini khusus untuk rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji/elaun tetap bulanan antara RM1,200 hingga RM1,500. Pemohon yang layak akan memiliki rumah bernilai RM45,000 dengan:

  • RM22,500 (Dana LZNK)
  • RM22,500 (Pembiayaan Peribadi BIMB)

Kini dengan LZNK, BIMB anda boleh memiliki rumah sendiri dengan hanya RM280 sebulan.

SYARAT KELAYAKAN

LZNK telah menetapkan hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Individu beragama Islam
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya (2) dua tahun)
  • Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/ elaun tidak kurang daripada RM1,200 dan tidak melebihi RM1,500 sebulan serta mempunyai Slip Gaji. (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000)
  • Berumur 25 tahun sehingga 4- tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin
  • Bukan penghutang penghakiman atau muflis
  • Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah
  • Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi sungai, tanah jerius atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni rumah
  • Melepasi tapisan kelayakan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Bank Islam Malaysia Berhad

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen utama seperti berikut perlu disertakan bersama borang permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  • Salinan Kad Pengenalan / surat lahir bagi semua tanggungan / surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
  • Salinan sijil perkahwinan, surat cerai / sijil cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
  • Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan)
  • Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan)
  • Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah

Salinan Geran Tanah

  • Salinan Geran Tanah atas nama pemohon diutamakan
  • Surat perjanjian akuan bersumpah (jika tanah milik orang lain/nyatakan hubungan
    pemilik tanah dengan pemohon)
  • Akuan pemohon/pihak kedua/waris dan saksi-saksi (ditanda-tangani di setiap helaian
    bawah surat perjanjian dan ruangan akuan surat tersebut)
  • Surat kebenaran perjanjian menduduki tanah boleh dipohon di Pejabat Zakat yang berdekatan.

Gambar Rumah Pemohon

  • Gambar keadaan rumah semasa (4x penjeru, dalam-belakang-tepi-depan)
  • Gambar tapak rumah

CARA MEMOHON

Permohonan bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh dibuat sebelum atau pada tarikh tutup permohonan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan bersama dokumen sokongan di atas. Borang permohonan boleh dimuat turun dengan klik pautan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN RUMAH LZNK

Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon sahaja akan dipertimbangkan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma