Pencarian MENTOR Program Jumper PUNB Terbuka Buat Syarikat Yang Berminat

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa syarikat-syarikat yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi MENTOR bagi Program JUMPER PUNB. Pelbagai kelebihan menanti syarikat yang menyertai program ini seperti dapat mengembangkan perniagaan sedia ada melalui perniagaan berkonsep.

Bimbingan dan latihan keusahawanan dari PUNB akan diberikan kepada syarikat yang layak. Sekiranya berminat, permohonan boleh dibuat secara online sehingga 30 Jun 2021.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan penyertaan program PUNB di perkongsian bawah.

KELEBIHAN MENTOR JUMPER PUNB

Antara kelebihan syarikat yang menjadi MENTOR program JUMPER PUNB adalah:

  • Mengembangkan perniagaan sedia ada melalui perniagaan berkonsep
  • Berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan PUNB
  • Menjadi rakan strategik melalui pelbagai program jaringan perniagaan PUNB
  • Bimbingan dan latihan keusahawanan dari PUNB

SYARAT KELAYAKAN

Syarikat yang berminat menjadi mentor perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  • Perniagaan telah beroperasi minima 3 tahun dengan rekod perniagaan yang lengkap.
  • Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan sedia ada atau perniagaan ke arah berkonsep.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
  • Mempunyai modul pembelajaran yang praktikal dan efektif kepada JUMPER PUNB.
  • Perniagaan dimiliki dan diterajui oleh bumiputera dengan pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 70%.
  • Bersedia menerima dan melatih graduan bumiputera tentang selok belok dunia perniagaan.
  • Mestilah komited dan sanggup mengikuti program atau latihan yang disediakan oleh PUNB.
  • Syarikat mempunyai portfolio kepakaran atau kemahiran dalam bidang tertentu dalam membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada JUMPER PUNB.
  • Syarikat pernah menyertai mana-mana program keusahawanan kendalian dari lain-lain agensi.
  • Syarikat tersebut merupakan mentor dalam industri runcit, pengedaran dan pembuatan/PKS.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah sepertimana berikut:

  • Rancangan Modul/ Kaedah Latihan (Relevan dengan situasi semasa pandemik Covid-19) – WAJIB
  • Profil Syarikat – WAJIB
  • Laporan Pengurusan Akaun Syarikat / Penyata Kewangan Beraudit ( Tahun 2020) – Jika ada
  • Penyata Akaun Bank ( 6 Bulan terkini) WAJIB
  • Cadangan Konsep Niaga – Sekiranya ada

Sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam format PDF/ DOC/ DOCX/ PNG/ JPG/ JPEG/ GIF (Saiz tidak melebihi 16 MB) yang WAJIB dimuat naik di ruangan borang permohonan.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk menjadi MENTOR program JUMPER PUNB dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh buat permohonan sekarang dengan melengkapkan borang permohonan yang disediakan di pautan berikut:

Sila lengkapkan setiap butiran maklumat yang diperlukan dalam borang dan sediakan semua dokumen yang diminta dalam format yang betul sebelum tarik tutup iaitu 30 Jun 2021.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi salah satu talian berikut;

  • Amirul: 03 2785 1417
  • Raha: 03 27851413
  • Aina: 03 27851908

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma