The Next Gen Management Trainee: Peluang Bina Kerjaya Bersama POS Malaysia

Syarikat Pos Malaysia mempelawa graduan lulusan universiti untuk menyertai program The Next Gen (Management Trainee) yang bermatlamat mengesan lulusan graduan yang cemerlang dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi untuk mengikuti latihan pengurusan untuk pembangunan kerjaya graduan.

Melalui program ini, graduan akan didedahkan secara maksimum terhadap fungsi kritikal dalam organisasi yang berprestasi tinggi. Graduan yang berhasrat untuk bekerja di syarikat terkemuka, Pos Malaysia dan ingin mengembangkan kerjaya adalah dialu-alukan untuk mohon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Majikan: Pos Laju
  • Jawatan: The Next Gen (Management Trainee)
  • Lokasi: Kuala Lumpur
  • Tarikh Tutup Permohonan: 5 Mei 2021

SYARAT KELAYAKAN

Pos Malaysia mencari graduan yang memenuhi kelayakan berikut untuk mohon:

  • Lulusan universiti dari pelbagai bidang pengajian
  • Minimum CGPA 3.50
  • Berumur 25 tahun dan ke bawah
  • Mempunyai rekod pencapaian akademik yang baik
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik
  • Memiliki literasi dan kreativiti yang tinggi dalam digital dan lain-lain
  • Mempunyai pengetahuan dalam data analytics, IT, business law dan pengurusan projek

KAEDAH PENILAIAN

Setiap pemohon yang disenaraipendek akan dinilai melalui beberapa kaedah:

  • Psychometric Tests
  • Visionary Assessments
  • Analytics Assessments
  • Industry Knowledge Presentation
  • Creative & innovative vlog resume
  • Business Acumen Test

PROSES PEMILIHAN

Proses pemilihan calon adalah melibatkan:

  • Penyerahan Vlog Resume
  • Temuduga melalui panggilan telefon
  • Ujian bertulis dan psychometric
  • Penilaian
  • Temuduga terakhir
  • Tawaran kerja

CARA MOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup, iaitu 5 Mei 2021. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Selain Pos Malaysia banyak lagi syarikat terkemuka lain yang menawarkan program latihan kerja khas untuk graduan yang ingin bina kerjaya. Anda boleh rujuk senarai program bina kerjaya graduan yang lain DI SINI.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma