Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sempena Hari Raya. Pos Segera Jika Nak Sampai Sebelum Raya!
Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran barang oleh Pos Laju dinasihatkan untuk ambil perhatian dengan tarikh akhir pengeposan Pos Laju sempena Hari Raya Aidilfitri. Pengumuman ini juga khas untuk peniaga online yang ingin gunakan perkhidmatan Pos Laju dan inginkan barang yang dihantar sampai sebelum hari raya tiba.
Bagi yang berhasrat nak beli baju raya secara atas talian dah boleh mula beli sekarang kerana dikuatiri baju yang dipesan sampai selepas raya.
Semak jadual tarikh akhir pengeposan barang yang dikeluarkan oleh syarikat Pos Laju di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
JENIS PERKHIDMATAN PENGEPOSAN POS LAJU
Berikut adalah perkhidmatan pengeposan yang boleh digunakan dengan menggunakan Pos Laju:
- Bungkusan Pos Laju
- Mel
- Kad ucapan Hari Raya
TARIKH AKHIR PENGEPOSAN
Berikut adalah tarikh akhir pengeposan barangan seperti yang dijadualkan oleh Pos Laju:
Bungkusan Pos Laju
- Dalam Semenanjung Malaysia: 8 Mei 2021
- Kedah/Kelantan/Johor/ Terengganu ke Sabah/ Sarawak: 6 Mei 2021
- Negeri-negeri selain Kedah, Kelantan, Johor, Terengganu ke Sabah/ Sarawak: 7 Mei 2021
Mel & Kad Ucapan Hari Raya
- Dalam Semenanjung Malaysia: 5 Mei 2021
- Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak: 3 Mei 2021
SENARAI BARANGAN DILARANG POS
Berikut adalah senarai barangan larangan yang tidak dibenarkan pos menggunakan perkhidmatan Pos Laju:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke pejabat Pos Laju berdekatan atau terus ke laman berikut: