Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Pengambilan Pelajar Baru Institut Kemahiran Baitumal MAIWP Ambilan Januari 2023

Oleh Cikgu Shaari • September 19, 2022 • 2 min baca

Pengambilan Pelajar Baru Institut Kemahiran Baitumal MAIWP Ambilan Januari 2023
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Baitumal adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan dalam golongan B40 serta di bawah pengiraan Had Kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengikuti latihan kemahiran dalam pelbagai bidang ditawarkan.

Pelatih yang layak akan mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Sijil Kecekapan Kemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa 3 dengan Endorsan Pengujian, Suruhanjaya Tenaga (ST).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara membuat permohonan bagi yang berminat.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program TVET Institut Kemahiran Baitumal (IKB) MAIWP
  • Anjuran: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  • Tempat latihan: Institut Kemahiran Baitumal (IKB)
  • Kos pengajian: PERCUMA (ditaja sepenuhnya oleh MAIWP)
  • Pengambilan: Januari 2023
  • Tarikh tutup: 16 Oktober 2022

SENARAI PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan:

  • Kejuruteraan Elektrik
  • Perkhidmatan dan Penyajian Makanan
  • Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki
  • Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita
  • Teknologi Binaan Bangunan
  • Seni Reka Grafik Komputer

SYARAT PENGAMBILAN

Antara syarat kelayakan untuk mengikut pengajian di Institut Kemahiran Baitumal:

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Minimum tamat darjah 6 bagi semua kursus kecuali Kursus Kejuruteraan Elektrik
  • Boleh menulis, membaca dan mengira
  • Pendapatan isi rumah di bawah pengiraan Had Kifayah yang ditetapkan

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan menjadi pelatih adalah:

  • Yuran pengajian percuma
  • Penginapan dan makan minum disediakan
  • Elaun bulanan disediakan
  • Pakaian korporat dan teknikal disediakan

CARA MEMOHON

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Oktober 2022. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sekarang melalui pautan berikut:

Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temuduga. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 03-92830189 (waktu pejabat) atau layari http://www.ikb-maiwp.edu.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.