Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 Buat Kakitangan Awam Kerajaan Negeri Kedah & Pahang

Oleh Cikgu Shaari • April 29, 2021 • 2 min baca

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 Buat Kakitangan Awam Kerajaan Negeri Kedah & Pahang
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan perkhidmatan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Kerajaan negeri Selangor juga bersetuju untuk memberi bantuan raya kepada penjawat awam negeri Selangor  sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000. Kini, kerajaan negeri Kedah dan Pahang juga telah mengeluarkan kenyataan pemberian bonus raya kepada penjawat awam di negeri tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan khas aidilfitri Kedah dan Pahang.

KADAR BANTUAN

Seramai 5,400 penjawat awam di negeri Kedah dan kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang meliputi semua gred akan menerima bantuan khas kewangan berjumlah:

  • Penjawat Awam Kedah: RM1,000
  • Penjawat Awam Pahang: RM1,000

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada:

  • Penjawat Awam Kedah: 13 Mei 2021
  • Penjawat Awam Pahang: 7 Mei 2021

Bantuan yang diperuntukkan tersebut adalah meliputi semua gred di Pahang termasuk gred JUSA C ke atas yang berkhidmat di Pahang. Kerajaan Kedah juga telah memaklumkan bantuan tersebut akan diberikan kepada semua kakitangan awam negeri termasuk lantikan kontrak.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua kakitangan di negeri ini yang bekerja keras selama ini. Pejabat kewangan negeri akan segera melakukan urusan susulan agar pembayaran dapat dibuat dan diharapkan wang pemberian ini dapat digunakan sewajarnya.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.