Boleh Ke Berhenti Kerja Tanpa Notis Jika Tiada Kontrak? Ini Penjelasan Undang-Undang Malaysia 2026 •Kerja Part-Time Boleh Jadi Kelebihan Resume (Ini Cara Tulis Yang Betul 2026) •Ini Cara Isi Borang Perjanjian Matrikulasi Yang Betul (Step-by-Step Elak Reject) •Ramai Tak Tahu! Kemalangan Luar Waktu Kerja Pun Boleh Claim PERKESO (LINDUNG 24 JAM) •Ini Sebab Ramai Excited Jun 2026 – Rupanya Ada Cuti Extra! • Boleh Ke Berhenti Kerja Tanpa Notis Jika Tiada Kontrak? Ini Penjelasan Undang-Undang Malaysia 2026 •Kerja Part-Time Boleh Jadi Kelebihan Resume (Ini Cara Tulis Yang Betul 2026) •Ini Cara Isi Borang Perjanjian Matrikulasi Yang Betul (Step-by-Step Elak Reject) •Ramai Tak Tahu! Kemalangan Luar Waktu Kerja Pun Boleh Claim PERKESO (LINDUNG 24 JAM) •Ini Sebab Ramai Excited Jun 2026 – Rupanya Ada Cuti Extra! •

KPM Umumkan PT3 2021 Dibatalkan Manakala UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya Mulai Tahun 2021

Oleh Cikgu Shaari • April 28, 2021 • 1 min baca

KPM Umumkan PT3 2021 Dibatalkan Manakala UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya Mulai Tahun 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pengumuman khas hari ini telah mengumumkan pembatalan dan pemansuhan peperiksaan penting bagi tahun 2021. Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu sidang akhbar khas KPM.

Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan pengumuman terkini KPM.

PEMBATALAKAN & PEMANSUHAN PEPERIKSAAN KPM

Seperti yang diumumkan oleh KPM pada 28 April 2021 hari ini, keputusannya adalah:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) DIBATALKAN bagi tahun 2021
  • Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) DIMANSUHKAN bermula 2021

Ini bermaksud murid tingkatan 3 tidak akan menjalani peperiksaan PT3 pada tahun 2021 manakala murid Tahun 6 tidak akan menduduki UPSR lagi mulai tahun 2021 dan tahun-tahun berikutnya.

KAEDAH PENTAKSIRAN MURID

Seperti yang dijelaskan oleh KPM, kaedah pentaksiran murid tingkatan 3 dan murid tahun 6 tanpa peperiksaan penting ini adalah:

  • Kaedah pentaksiran murid tingkatan 3
    – Pentaksiran 2021 melalui Pemerkasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    – PKSK
  • Kaedah pentaksiran murid tahun 6
    – Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    – PKSK

Jika kita lihat keadaan penularan Covid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya dan KPM mengambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, kaedah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan.

Sumber

 

 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.