Permohonan Kemasukan Pengajian Asasi Kolej MARA Sesi 2022/2023 Dibuka
Kolej MARA mempelawa calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Kolej MARA dan seterusnya melayakkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran MARA ke pengajian perinkatkan Ijazah Sarjana Muda di IPTA, IPTS atau IPMA yang terpilih.
Program Asasi Kolej MARA Tahun 2022 merupakan program kepada pelajar Bumiputera bagi mengikuti pengajian peringkat Asasi di Kolej MARA dalam kluster Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan dalam Asasi Kolej MARA dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
SENARAI PROGRAM PENGAJIAN
Program pengajian ini terdiri daripada senarai berikut:
- Asasi Perniagaan (Universiti Kuala Lumpur);
- Asasi Perniagaan (Multimedia University);
- Asasi Perniagaan (Universiti Tenaga Nasional);
- Asasi Perniagaan (UCSI University);
- Asasi Perniagaan (Taylor’s University);
- Asasi Perniagaan (Asia Pacific University of Technology & Innonation);
- Asasi Perniagaan (Universiti Tun Abdul Razak);
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Kuala Lumpur);
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Teknologi Malaysia);
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Teknologi Petronas);
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Multimedia University);
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Tenaga Nasional);
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Malaysia Pahang);
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (UCSI University);
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Taylor’s University);
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Asia Pacific University of Technology & Innovation);
- Asasi Sains (Universiti Kuala Lumpur);
- Asasi Sains (Management & Science University);
- Asasi Sains (Malaysian Allied Health Sciences University);
- Asasi Sains (UCSI University);
- Asasi Sains (Taylor’s University);
- Asasi Sains (Asia Pacific University of Technology & Innovation).
PERINGKAT PENGAJIAN
Pelajar lepasan SPM yang berjaya mendapat tawaran akan mengikuti pengajian seperti berikut:
- Kursus Persediaan:
Pelajar akan mengikuti kursus persediaan Asasi Kolej MARA yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. - Ijazah Sarjana Muda:
Pelajar akan ditawarkan pinjaman pelajaran MARA selepas melepasi syarat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 yang telah ditetapkan untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang tersenarai sahaja.
Sekiranya pelajar menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi syarat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang telah ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, pelajar ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi mengikut bidang pengajian namun tidak ditawarkan tawaran pinjaman pelajaran oleh pihak MARA.
SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan seperti berikut:
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/ Bumiputera /Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak / Orang Asli Semenanjung dan warganegara Malaysia;
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama.
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi penajaan untuk pengajian atau peringkat yang sama;
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad; dan
- Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
MEKNISME PENGAJIAN
Calon-calon yang berjaya ditawarkan pengajian di bawah program Asasi Kolej MARA dan bersetuju dengan syarat pengajian yang telah ditetapkan oleh pihak MARA adalah tertakluk kepada terma perjanjian seperti berikut:
- Program pengajian menggunakan medium Bahasa Inggeris.
- Program pengajian dilaksanakan secara sepenuh masa.
- Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA.
- Kemudahan Elaun Sara Hidup (ESH) yang diberi sepanjang tempoh pengajian di Kolej MARA merupakan skim geran.
- Makan minum pelajar disediakan di Dewan Selera Kolej MARA danditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA.
- Kemudahan penginapan asrama di Kolej MARA disediakan oleh pihak MARA.
- Pelajar yang Berhenti atau Ditamatkan Pengajian perlu membayar semula kemudahan ESH bergantung kepada jumlah ESH yang diterima sepanjang pengajian.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan pengajian yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan yang dibuka secara atas talian di laman sesawang MARA serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) di pautan berikut:
Permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2022. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Asasi Kolej MARA Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Pertanyaan berkenaan dengan permohonan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di talian 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081 atau melalui e-mel upim.bpt@mara.gov.my.