Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas LPNM Sehingga RM2,250/ Ekar
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menyeru lebih banyak pihak melibatkan diri dalam bidang penanaman nanas khususnya jenis MD2, yang masih kurang penghasilannya, sedangkan permintaan pasaran amat tinggi.
LPNM kini membuka permohonan Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi bagi usahawan Nanas yang memerlukan dan berdaftar sebagai pekebun di bawah LPNM.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan yang ditawarkan.
Isi Kandungan
SKOP PROJEK
Skop projek yang telah digariskan dalam melaksanakan projek ini adalah seperti berikut:
- Pemberian Geran Bantuan Tanaman Nanas dengan sulur nanas (tanam baru) atau Baja
- Pembiayaan Geran bantuan meliputi input pertanian sahaja sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan Perindustrian Nanas Malaysia (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun ) (Pindaan 2011)
CIRI CIRI PROJEK
Projek yang layak membuat permohonan adalah terdiri daripada:
- Bagi peserta individu hendaklah mempunyai keluasan minima 5 ekar dan maksima kurang daripada 100 ekar;
- Bagi peserta yang mempunyai keluasan dibawah 5 ekar, pelaksanaan akan dibuat melalui pendekatan kelompok bagi memudahkan pengurusan dan mengurangkan kos operasi;
- Peserta mesti menanam dengan tanaman tunggal dan jumlah kepadatan yang disyorkan oleh LPNM atau sekurang-kurangnya 15,000 pokok.
- Peserta hendaklah mengguna pakai amalan teknologi (Amalan Pertanian Baik) terkini; dan
Penentuan dan penetapan varieti adalah tertakluk kepada LPNM.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia;
- Taraf milik tanah yang sah;
- Berdaftar dengan LPNM dan berdaftar dengan Koperasi/ Kelompok;
- Tanaman tunggal;
- Tanaman Nanas perlu ditanam sekurang-kurangnya 15,000 pokok/ekar; dan
Pekebun kecil sahaja
BENTUK GERAN BANTUAN
Baja Sebatian (50KG/BEG)
- Baja NPK Hijau (15:15:15)
Geran bantuan/ekar: 12 BEG
Anggaran KOS BANTUAN/ekar: RM2,200 - Baja NPK Biru (12:12:17:2+TE)
Geran bantuan/ekar: 6 BEG
Atau
Bahan Tanaman
- Salur Nanas
Kuantiti salur: 15,000 X RM0.15
Kos Bantuan/ Ekar: RM2,250.00
KAEDAH PELAKSANAAN
- Bantuan Bahan Tanaman
Hanya diberikan kepada lot-lot tanah yang tidak pernah menerima sulur/benih sebelum ini di bawah mana-mana projek penanaman nanas LPNM seperti Projek di baw 15 Ekar, Projek Tanam Baru (RTB), Projek Ladang Kontrak, Projek Khasm Projek Transformasi Pengeluaran Nanas (PTPN), Projek Kluster dan sebagainya - Baja Sebatian
Pengusaha yang tidak pernah menerima benih/sulur nanas di lot-lot tanah LAYAK untuk memilih sama ada untuk mendapatkan Baja Sebatian ATAU Sulur/Benih
DOKUMEN SOKONGAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Geran/ Surat Tol/ Surat Kebenaran daripada Pentadbir Tanah (Beserta Pelan Tanah)
- Surat/ Notis Pembayaran Cukai Tanah yang terkini
Bagi yang berminat untuk memohon, anda boleh hubungi LPNM di talian 06- 7616591 atau hadirkan diri ke Pejabat LPNM Negeri Sembilan/ Melaka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman http://www.mpib.gov.my/projek-pengukuhan/ untuk jenis-jenis bantuan tanaman nanas yang disediakan oleh LPNM.