Celcom Lanjutkan Tawaran Data Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga 31 Julai 2021
Dalam matlamat kedua Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) iaitu “Memelihara Kebajikan Rakyat” seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri , kerajaan telah mengumumkan pemberian data PERCUMA kepada orang ramai.
Bantuan data percuma yang disediakan dengan peruntukan RM500 juta ini adalah bagi memberi kesenangan kepada rakyat terutama pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang perlu meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian data 1GB percuma.
Isi Kandungan
TEMPOH DATA BULANAN PERCUMA
Kemudahan yang bernilai 500 juta ringgit ini adalah sepanjang tempoh berikut:
- Mulai 1 Januari 2021 hingga hujung April 2021
TERKINI! Celcom melalui laman web mereka telah memaklumkan bahawa tawaran data 1GB percuma DILANJUTKAN LAGI sehingga:
- Sehingga 31 Julai 2021
DATA PERCUMA 1GB
Industri telekomunikasi bersedia memberi bantuan dalam tempoh PKP ini. Pemberian data 1 Gigabite secara percuma telah diberikan kepada orang ramai untuk:
- Melayari laman web; dan
- Tujuan pendidikan
SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT DATA INTERNET
Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan data internet percuma sehingga April 2021 adalah:
- Digi
- U Mobile
- Celcom
- Maxis
- Tuntalk
- Onexox
CARA TEBUS DATA PERCUMA
Pengguna boleh menebus data percuma yang ditawarkan ini dengan telco masing-masing dengan panduan yang disediakan di bawah:
Sebagai tambahan kepada internet percuma 1GB setiap hari, pengendali akan terus menawarkan akses percuma dan tanpa had kepada pelbagai aplikasi serta perkhidmatan berita yang boleh dipercayai untuk memastikan rakyat Malaysia terus mendapat maklumat terkini mengenai COVID-19.