Pergerakan Rentas Negeri Kini Hanya Dibenarkan Isnin Hingga Khamis Bagi Tujuan Tertentu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius peningkatan kes-kes baharu Covid-19 sejak empat hari yang lalu. Usaha-usaha untuk mengekang penularan Covid-19 telah diperketatkan oleh PDRM, di mana pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan tertentu.
Pergerakan rentas negeri juga kini dihadkan kepada hari tertentu sahaja, iaitu melibatkan hari bekerja.
Dapatkan maklumat lanjut berkenaan kebenaran rentas negeri di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
URUSAN YANG DIBENARKAN
Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan:
- Pekerjaan
- Kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu, bapa, anak dan adik beradik sahaja)
- Perubatan
- Pendidikan
- Pasangan jarak jauh
HARI PERGERAKAN RENTAS NEGERI
Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada:
- Hari dibenarkan: Isnin hingga Khamis
Manakala pergerakan pada hujung minggu adalah tidak dibenarkan, iaitu:
- Tidak dibenarkan: Jumaat hingga Ahad
Ini tidak termasuk bagi urusan-urusan melibatkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.
RENTAS NEGERI YANG DILARANG
Pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis/ jamuan adalah DILARANG. Aturan ini akan berterusan sehingga selepas hari raya aidilfitri. Mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.
Berhubung ketidakpatuhan SOP oleh masyarakat di bazar ramadan dan pasar malam, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan. Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan tersebut dihentikan.