Contoh Soalan Pegawai Penguatkuasa KP41
Calon yang telah membuat permohonan jawatan kerajaan di portal SPA9 akan ditapis sebelum dipanggil untuk duduki peperiksaan secara online. Hanya calon yang melepasi syarat kelayakan sahaja akan dipanggil untuk duduki peperiksaan. Tahniah sekiranya anda melepasi syarat dan dapat panggilan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41! Jangan terlalu suka, jika nak lulus anda sudah boleh mula cari contoh soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 dari sekarang!
Kenapa setiap calon perlu ada rujukan soalan Pegawai Penguatkuasa KP41?
Contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 adalah penting untuk anda jadikan rujukan dan ulangkaji sebelum hadapi peperiksaan sebenar. Nak lulus peperiksaan, usaha mestilah dilakukan semaksima mungkin!
Jangan tunggu last minute baru terkapai-kapai nak cari soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 untuk buat ulangkaji! Bagi memudahkan urusan anda, dapatkan contoh soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 yang dikongsikan di bawah untuk jadikan rujukan.
Isi Kandungan
TUGAS PEGAWAI PENGUATKUASA KP41
Sebagai calon yang betu-betul serius dengan peperiksaan yang akan dihadapi, jangan hanya buat persediaan dari segi soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 sahaja, pastikan anda ambil tahu juga tanggungjawab atau tugas Pegawai Penguatkuasa KP41.
Sebelum anda lihat contoh soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 yang akan dikongsikan, lihat dulu tugas yang dikongsikan di bawah:
- Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
- Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Bila dah tahu tugas Pegawai Penguatkuasa KP41, adakah anda berminat dengan jawatan tersebut? Jika berminat dan bercita-cita nak menyandang jawatan sebagai Pegawai Penguatkuasa KP41, anda boleh teruskan baca perkongsian ini untuk dapatkan soalan Pegawai Penguatkuasa KP41.
SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENGUATKUASA KP41
Seperti ketetapan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), calon hendak mendaftar melalui Sistem SPA9 untuk memohon jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41. Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon, calon-calon yang memenuhi syarat dan asas tapisan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan secara online.
Soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 akan diberikan mengikut format pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Jadi, calon dinasihatkan untuk buat semakan dan ambil perhatian dengan makluman peperiksaan masing-masing.
FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENGUATKUASA KP41
Seperti yang disebutkan di atas, soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 akan diberikan mengikut format yang ditetapkan. Sehingga kini, bentuk soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 adalah berbentuk objektif dan pilihan jawapan. Calon perlu menjawab soalan mengikuti seksyen dan soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 akan diberikan beberapa pilihan jawapan bagi setiap soalan.
Calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi setiap seksyen soalan bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kelulusan peperiksaan ini merupakan salah satu daripada syarat lantikan ke skim jawatan tersebut.
Sebelum lihat contoh soalan Pegawai Penguatkuasa KP41, jom lihat format soalan terlebih dahulu.
- Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik)
- Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 Seksyen A: Matematik
Dalam soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 seksyen A, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
- Kemahiran logik
- Kemahiran Menginterprestasikan Data
- Konsep Matematik
Jangan terlalu pandang rendah dengan bahagian ini, calon mungkin akan ditanya dalam pelbagai cara termasuk melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Persediaan yang boleh dilakukan adalah dengan dapatkan contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 sebanyak mungkin dan buat latih tubi.
Soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 Seksyen B: BI
Dalam soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 seksyen B, calon akan diuji kemahiran penggunaan bahasa inggeris yang betul. Ia tidak selalu sukar kerana di tahap SPM. Tetapi, jangan pandang ringan untuk bahagian ini.
Soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 Bahasa Inggeris akan diberi dalam 2 bentuk soalan iaitu soalan berdasarkan petikan yang diberikan dan soalan penggunaan tatabahasa yang betul.
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENGUATKUASA KP41
Dah baca dan fahamkan format soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 di atas? Jangan tangguh-tangguh lagi, anda dah boleh mula buat ulangkaji sekarang dengan contoh soalan peperiksaan pegawai Penguatkuasa KP41 yang dikongsikan di bawah.
Soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 Seksyen A: Matematik
Berikut adalah beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 bagi seksyen A, Matematik:
1) Kebarangkalian bagi Ramli menembak tidak menepati sasaran adalah 3/16. Berapakah kemungkinan bilangan tembakan yang tepat mengenai sasaran dalam 48 kali cubaan beliau?
A. 9
B. 16
C. 32
D. 39
2) Hadiah tempat pertama bernilai RM20,000.00. Hadiah tempat kedua bernilai 25% kurang daripada tempat pertama. Hadiah tempat ketiga bernilai 1/3 daripada tempat ke 2 dan 10 hadiah saguhati bernilai RM250.00 setiap satu. Berapakah jumlah nilai semua hadiah tersebut?
A. RM40,250.00
B. RM42,500.00
C. RM45,250.00
D. RM47,500.00
3. Ukuran keliling sebuah taman permainan ialah 300m dan dua jenis pokok bunga di tanam di sekelilingnya dalam jarak setiap 3m 1/4 daripada pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok kertas?
A. 75
B. 30
C. 25
D. 100
4. Ali memandu dengan kelajuan 120 km/j ke destinasi di Melaka. Selepas 80km, kereta Ali mengalami kerosakan. Berapakah masa perjalanan yang telah dilalui oleh Ali?
A. 35 minit
B. 40 minit
C. 45 minit
D. 1 jam 5 minit
5. Beg merah lebih berat daripada beg biru. Beg biru lebih berat daripada beg hijau. Beg hijau lebih berat baripada beg kuning. Pilih pernyataan yg benar.
A. Beg hijau lebih berat dari merah
B Beg hijau lebih berat dari beg kuning
C. Beg merah lebih berat dari kuning
D. Beg kuning lebih berat dari merah.
6. Kumpulan Melur, Kenanga, cempaka dan dahlia masing-masing mndapat markah 0.0311, 0,0205, 0.0245 dan 0.0323. kumpulan manakah mempunyai jumlah markah paling hampir dengan 0.05?
A. Melur dan kenanga
B. Kenanga dan cempaka
C. Melur dan cempaka
D. Kenangan dan dahlia
7. Apakah nombor yang seterusnya?
2+3=8
3+7=27
4+5=32
5+8=60
6+7=72
7+8= ????
A. 15
B. 98
C. 87
D. 80
Soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 Seksyen B: Bahasa Inggeris
Berikut adalah beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 bagi seksyen B, Bahasa Inggeris:
1) Juliet was __________ in love with Romeo, completely captivated and willing to give her life if they couldn’t be together.
A. partially
B. utterly
C. largely
D. highly
2) _______________ LPPSA loas approved?
A. Does your
B. Have you had your
C. Do you have your
D. Will your
3) Choose the correct answer. Choose the correct spelling.
A. kaliedoscope
B. kaleidoscope
C. caleidoscope
D. kaleodescope
4) The sentences below are correct except __________________.
A. To this end, it seems to me that oral historians and historical archaeologists could benefit a meeting of minds.
B. She’s lying you can tell it a mile a minute.
C. Choosing the best ballplayer of all the time is really a matter of opinion.
D. My father was a man of few words, but when he spoke it was worth listening to.
5) Find the best answer for question. “Can i ask you a favour?”
A. Perhaps
B. Let me think first
C. Yes, I can
D. What can i help you with?
Read the passage below and choose the best answer from option A, B, C and D.
A debit card also known as a bank card is a plastic payment card that can be used instead of cash when making purchase. It is similar to a credit cards, but unlike a credit card, the money is immediately transferred directly from the cardholder’s bank account when performing a transaction. Some cards might carry a stored value with which payment is made, while most relay a message to the cardholder’s bank to withdraw funds from the payer’s designated bank account. In many countries, the use of debit card has become so widespread that their volume has overtaken or entirely replace cheque and in some instances, cash transactions. Debit cards usually also allow instant withdrawal of cash, acting as an ATM card for this purpose. Merchants may also offer cash back facilities to customers, so that a customer can withdraw cash along with their purchase. Online debit cards require electronic authorization device for every transaction and the debits are reflected in the user’s accounts immediately. The transaction may be additionally secured with the with the personal identification number (PIN) authentication system: some online cards require such authentication for every transaction. The advantages of prepaid debit cards; include being safer than carrying cash, worldwide functionality, not having to worry about paying a credit card bill or going into debt, the opportunity for anyone over the age of 18 to apply and be accepted regardless the credit capability. However, there are some risk in using the debit card. If the card provider offers an insecure website for letting you check the card’s balance, this could give an attacker access to the card information. If you lose the card and have somehow registered it, you likely lose the memory. And there is a risk that, prolific use of prepaid debit cards could lead data provider companies to miscategorise you in unfortunate ways.
Question:
1) The debit card can only be used under such situation except:
A. There is sufficient amount of money to do the purchase
B. Purchasing is made at the authorized premises
C. The retailer or premises have the device to do the transaction
D. The card is used by other person with acknowledgment of the owner
PANDUAN PEPERIKSAAN KP41
Dah dapat gambaran tentang soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 yang dikongsikan di atas? Jumlah soalan tersebut hanyalah sebahagian sahaja. Tidak cukup jika anda hanya ulangkaji dan jadikan soalan di atas sebagai rujukan.
Setiap calon diingatkan untuk dapatkan lebih lagi rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 untuk memantapkan lagi latih tubi sebagai persediaan.