Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Nestle Management Trainee Program: Peluang Kerja Di Nestle Buat Graduan Tanpa Pengalaman

Oleh Cikgu Shaari • June 2, 2022 • 2 min baca

Nestle Management Trainee Program: Peluang Kerja Di Nestle Buat Graduan Tanpa Pengalaman
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Setiap tahun syarikat terkemuka Nestle Malaysia akan membuka pengambilan graduan untuk menyertai Nestle Management Trainee Programme atau program latihan pengurusan. Berminat nak jadi sebahagian daripada graduan bertuah yang menyertai Nestle Management Trainee Programme? Jom mohon sekarang!

Nestle Management Trainee Programme adalah program latihan kerja 2 tahun yang menyediakan graduan muda yang berprestasi tinggi untuk menjadi pemimpin perniagaan masa depan. Peserta akan dibimbing oleh pihak pengurusan yang berpengalaman dan potensi graduan akan dikembangkan sepanjang 2 tahun program.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Program: Nestle Management Trainee Programme
  • Tempat Latihan: Syarikat Nestle Malaysia
  • Tempoh Latihan: 2 tahun
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Jun 2022

NESTLE MANAGEMENT TRAINEE PROGRAMME

Nestlé Management Trainee Programme menjurus ke arah membangunkan individu berpotensi tinggi sebagai pemimpin masa depan dalam pelbagai aspek perniagaan. Program dua tahun ini menyediakan Pelatih Pengurusan pengalaman pembelajaran yang mendalam untuk melengkapkan mereka dengan pandangan holistik tentang perniagaan, serta hubungan antara fungsi yang berbeza merentas rantaian nilai.

BIDANG PENGAJIAN

Graduan dari bidang pengajian berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Sales
  • Marketing
  • Finance
  • Human Resource
  • Supply Chain
  • Engineering
  • Production
  • Quality Assurance
  • Packaging

SYARAT KELAYAKAN

Anda akan menjadi calon yang tepat untuk menghadapi cabaran dalam peranan menarik ini jika anda memenuhi kelayakan berikut:

  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minimum 3.20 atau setaraf dengannya
  • Graduan baru atau graduan dengan pengalaman kerja tidak lebih dari 2 tahun
  • Terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Tahap komunikasi Bahasa Inggeris lisan dan penulisan yang baik
  • Kemahiran analitik yang kuat
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat dan berkeyakinan
  • Mampu bekerja dengan baik secara bebas dan dalam satu pasukan

KELEBIHAN PESERTA

Antara kelebihan menyertai program kerja dengan Nestle adalah:

CARA MOHON

Graduan yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan peluang ditawarkan boleh buat permohonan sebelum 30 Jun 2022 di pautan berikut:

Berikut adalah proses permohonan yang perlu dilalui:

 

 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.