Mohon Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan Hingga RM3,000 Buat Peniaga Berdaftar
Berita baik buat peniaga bazar Ramadan di Terengganu! Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menawarkan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) khusus untuk ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar.
Skim ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM160,500 disalurkan kepada 141 ahli persatuan pada tahun tersebut, namun ia dihentikan pada 2020 kerana tiada penganjuran bazar Ramadan berikutan pandemik Covid-19.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan pembiayaan ditawarkan.
Isi Kandungan
KADAR PEMBIAYAAN
Skim itu menawarkan pembiayaan modal pusingan pada kadar:
- Antara RM1,000 hingga RM3,000
Skim ini secara tidak langsung akan dapat melegakan peniaga kecil untuk melancarkan aliran tunai dalam memberi barangan mentah untuk jualan harian.
TEMPOH BAYARAN SEMULA
Seperti dimaklumkan, pinjaman perlu dibayar semula kepada pihak YPU pada:
- Sebelum 31 Syawal
YPU yakin peniaga dan penjaja kecil ini mampu membayarnya semula dalam tempoh tersebut kerana telah mendapat wang pusingan modal dan keuntungan hasil perniagaan sepanjang Ramadan
CARA MOHON
Peniaga yang berminat boleh dapatkan buat permohonan dengan menghubungi:
- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu; atau
- Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu
Tiada cagaran diperlukan untuk buat permohonan kerana pemohon diberi jaminan dari Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu.
Semoga skim pembiayaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga bazar Ramadan di Terengganu sebagai modal pusingan untuk memperoleh pendapatan sepanjang bulan Ramadan.