Cara Mohon Kebenaran & Pendaftaran Nikah Secara Online Melalui Sistem SSPIM

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan cara mohon kebenaran nikah secara online.

MODUL DALAM SPPIM

SPPIM menyediakan kemudahan secara online seperti berikut:

  • Permohonan Kursus Pra-Perkahwinan
  • Permohonan Kebenaran Nikah
  • Pendaftaran Nikah
  • Proses Penceraian
  • Rujuk dan Rundingcara

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan
  • Johor
Nota: Kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online:
  • Diisi oleh SALAH SEORANG sama ada lelaki atau perempuan.
  • Permohonan online perlu diisi sekiranya lelaki dan perempuan bukan dari negeri yangmenggunakan SPPIM tetapi TEMPAT BERNIKAH di negeri yang menggunakan SPPIM.
  • Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
  • Pejabat Agama yang memproses adalah merujuk kepada ALAMAT TEMPAT TINGGAL.

Pendaftaran PraPerkahwinan Online

Pendaftaran PraPerkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online.

Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran. Pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
Nota: Kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

Rundingcara Online

Rundingcara Online adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada individu atau pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.

Pemohon juga boleh mendapatkan temujanji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah. Permohonan Rundingcara melalui online pada masa ini hanya meliputi:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)

CARA MOHON

Berikut adalah panduan membuat permohonan pendaftaran nikah, praperkahdiwnan atau rundingcara secara online:

  1. Pergi ke laman Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
  2. Pilih jenis permohonan yang ingin dibuat. Contohnya Benar Nikah Online
    Cara Mohon Kebenaran & Pendaftaran Nikah Secara Online Melalui Sistem SSPIM
  3. Klik Permohonan Baru
    Cara Mohon Kebenaran & Pendaftaran Nikah Secara Online Melalui Sistem SSPIM
  4. Baca syarat dinyatakan dan klik Seterusnya
    Cara Mohon Kebenaran & Pendaftaran Nikah Secara Online Melalui Sistem SSPIM
  5. Klik Seterusnya sehingga bahagian akhir. Klik Permohonan Baru

  6. Lengkapkan borang permohonan online yang dipaparkan.
    Cara Mohon Kebenaran & Pendaftaran Nikah Secara Online Melalui Sistem SSPIM

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Negeri Sembilan : 06-6771352
  • Melaka : 06-333 3333 samb 5630 / 5631 / 5634
  • Perlis : 04-979 4401, Kedah : 04-774 5530 / 5423 / 5424, Perak : 05-208 4853
  • Wilayah Persekutuan : 03-2274 9333 samb 3312 / 3306
  • Johor : 07-2076330/334
  • JAKIM : 03-8870 7527 / 7528
  • Email : hdsppim@islam.gov.my
  • Masa : 09 : 00 pagi – 04 : 30 petang

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma