Mudah, Tak Perlu SSM! Ini Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Sahaja
Zaman sekarang ni ramai yang berniaga tetapi tak semua peniaga ada buka akaun semasa atau akaun bank perniagaan sendiri. Mungkin kerana tak ramai peniaga berdaftar SSM atau tidak mampu keluarkan deposit yang banyak untuk daftar akaun semasa.
Bagi usahawan yang belum daftar SSM, kini anda boleh daftar SSM PERCUMA sahaja melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.
Namun bagi peniaga yang tiada SSM tetapi nak daftar akaun semasa Maybank, anda boleh daftar hanya dengan menggunakan Maybank2u. Mudah sahaja dengan deposit serendah RM500.
Isi Kandungan
AKAUN SEMASA MAYBANK
Bagi yang nak buka akaun semasa Maybank tetapi anda merupakan bukan pengguna Maybank2u, anda perlu sediakan beberapa perkara berikut:
- Salinan SSM
- Minimum deposit RM1,000
- Ada introducer/ pencadang
- Ada cop perniagaan
Rujuk: Buka Akaun Semasa Maybank Secara Online Tanpa Introducer
Namun semua syarat tersebut adalah TIDAK PERLU jika anda merupakan PENGGUNA MAYBANK2u. Pengguna Maybank2u boleh buka akaun semasa Maybank:
- Tak perlu SSM
- Deposit serendah RM500
CARA BUKA AKAUN SEMASA MAYBANK DENGAN MAYBANK2u
Berikut adalah panduan membuka akaun semasa Maybank tanpa SSM dengan deposit RM500 menggunakan Maybank2u:
- Pergi ke laman www.maybank2u.com.my
– Bagi yang belum ada akaun Maybank2u, anda boleh DAFTAR SEKARANG
- Masukkan ID, Password dan klik LOGIN untuk log masuk
- Dah log masuk, pergi ke bahagian pilihan di Maybank2u anda. Klik APPLY ONLINE
- Klik Open a new Maybank2u.Premier Current Account
- Klik NEXT untuk isi maklumat permohonan akaun semasa
- Dah selesai daftar, nombor akaun semasa anda akan dipaparkan di laman Maybank2u
- Buat pengaktifan akaun semasa di cawangan Maybank dalam masa 10 hari
PENGAKTIFAN AKAUN SEMASA MAYBANK
Dah selesai buat permohonan di Maybank2u, anda perlu hadir ke cawangan Maybank berdekatan untuk aktifkan akaun dan buat pembayaran deposit serendah RM500 (boleh dikeluarkan semula) berserta dokumen sokongan berikut:
- Kad pengenalan atau passport (wajib)
- Lesen Memandu (sokongan)
- Bil utiliti (elektrik/air/telefon/sewa rumah atas nama dan alamat anda (sokongan)
- Letter of employment (sokongan)
Anda perlu mengaktifkan akaun anda dalam masa 10 hari. Pemohon yang GAGAL mengaktifkan akaun dalam masa 10 hari dari permohonan dibuat, akaun yang dibuka akan ditutup serta merta. Anda boleh buat permohonan semula selepas 6 bulan dari tarikh akaun ditutup.
Semoga bermanfaat!