Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar • Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •

Skim Latihan Khas MAINS: Tawaran Latihan Kerja Buat Graduan. Elaun Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • April 7, 2021 • 2 min baca

Skim Latihan Khas MAINS: Tawaran Latihan Kerja Buat Graduan. Elaun Disediakan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa graduan Timur Tengah tajaan MAINS dan graduan daripada universiti-universiti tempatan untuk menyertai Skim Latihan Khas 2021 bagi graduan Ijazah Muda & Diploma yang telah menamatkan pengajian pada sesi 2019/2022.

Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak asnaf lepasan universiti yang buat pendaftaran. Tempat adalah terhad dan elaun akan disediakan kepada peserta.

Sekiranya berminat, dapatkan maklumat lanjut Skim Latihan Khas 2021 MAINS dan cara mohon di perkongsian bawah.

JENIS LATIHAN/ BIDANG

Berikut adalah jenis latihan yang ditawarkan kepada peserta berdaftar:

  • Khidmat Pelanggan
  • Modal Insan
  • Hartanah
  • Perladangan
  • Teknologi Maklumat
  • Multimedia
  • Komunikasi Korporat
  • Dan lain-lain

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan Skim Latihan Khas MAINS dibuka untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Graduan tajaan MAINS
  4. Graduan universiti tempatan
  5. Menamatkan pengajian pada sesi 2019/2022
  6. Keutamaan kepada anak-anak asnaf
  7. Mempunyai Salinan skrol Ijazah Sarjana Muda dan Graduan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk menyertai latihan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 11 April 2021. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:

Segala Permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang akan disenaraipendek sahaja yang akan dihubungi. Permohonan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada MAINS selepas 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

Jika tidak mempunyai Salinan skrol ljazah Sarjana Muda dan Diploma kerana belum menghadiri konvokesyen, tuan/puan adalah dikehendaki untuk mengemukakan Surat Senat Universiti/Surat Pengesahan Tamat Pengajian daripada pihak Universiti.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.