Majlis Kahwin Perdana Buat Warga TLDM. Dapat Tajaan Baju Nikah dan Kek Perkahwinan Percuma
Idea penganjuran majlis ini tercetus apabila pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bertemu dengan Panglima Angkatan Tentera dan menyatakan hasrat untuk menyumbang bantuan kewangan bagi penganjuran majlis perahwinan secara berkelompok warga ATM dan staf awam kementerian pertahanan.
Isi Kandungan
MAJLIS KAHWIN PERDANA
Ia merupakan salah satu program khidmat sosial korporat BMMB kepada ATM. Pelbagai tawaran instimewa diberikan kepada bakal pengantin secara percuma untuk meringankan beban pengantin dalam membuat persiapan perkahwinan.
Majlis perkahwinan ini akan diadakan pada 26 & 27 Jun 2020
Bagi warga TLDM yang berminat untuk menyertai Majlis Kahwin Perdana ini, ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat tentang syarat penyertaan dan tawaran istimewa yang menanti anda.
SYARAT PENYERTAAN
Antara syarat penyertaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Terbuka pada warga Navy People pelbagai kaum
- Merupakan perkahwian pertama
- Pendapatan RM4000 ke bawah
- Resepsi di kapal & Pangkalan TLDM
TAWARAN ISTIMEWA BUAT PENGANTIN
Berikut merupakan antara tawaran istimewa yang menanti para peserta:
- Tajaan baju nikah dan baju resepsi
- Percuma kek perkahwinan
- Jemputan 40 ahli keluarga setiap pasangan
- Liputan khas TV tempatan
- Kehadiran PTL & VIP
Peserta akan mendapat tajaan baju nikah dan baju resepsi beserta dengan kek perkawinan secara percuma. Setiap pasangan juga boleh membuat jemputan 40 ahli keluarga untuk datang ke majlis resepsi. Selain itu, terdapat juga liputan khas TV tempatan pada hari majlis berlangsung serta kehadiran PTL dan VIP.
Bagi warga TLDM yang berminat untuk menjadi peserja dalam majlis ini, anda boleh dapatkan malumat lanjut dengan hubungi Pegawai Tadbir Markas/Pegawai Agama. Pastinya resepsi perkahwinan ini bakal menjadi pengalaman terindah buat pasangan.