Pelbagai Jawatan Ditawarkan Di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ini Cara Mohon
Kementerian Pembangunan Luar Bandar kini membuka tawaran pelbagai jawatan kosong khas buat lepasan PMR/PT3, SPM dan Graduan yang masih mencari pekerjaan. Permohonan kini dibuka secara atas talian kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan.
Jawatan ditawarkan adalah berstatus kontrak di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Lepasan PMR, SPM dan graduan di luar sana, jangan lepaskan peluang ini, mohon sekarang!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Kementerian Pembangunan Luar Bandar
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Tarikh tutup: 8 April 2021
JENIS JAWATAN & BILANGAN KEKOSONGAN
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan serta jumlah kekosongan semasa:
- Pegawai Tadbir Gred N41 (4 kekosongan di Putrajaya)
- Penolong Jurutera Gred JA29 (12 kekosongan di Semenanjung, Sabah & Sarawak)
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 (1 kekosongan di Putrajaya)
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat umum permohonan jawatan yang ditawarkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mempunyai integriti yang tinggi dan perwatakan menarik
- Mempunyai kefahaman yang baik berhubung komunikasi digital dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubung peranan media melalui saluran digital dan konvensional
- Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib/ tiada rekod jenayah
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan ingin memohon, anda mestilah hantar permohonan secara online di Sistem E-Jawatan sebelum atau pada 8 April 2021. Berikut adalah panduan membuat permohonan jawatan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar:
- Pergi ke pautan http://kplb.e-jawatan.my/index.php
- Bagi yang belum pernah mendaftar, klik DAFTAR BARU
- Lengkapkan maklumat diminta dan klik butang DAFTAR BARU
- Dah selesai daftar, lengkapkan semua maklumat anda untuk buat permohonan jawatan
- Lengkapkan permohonan sehingga selesai dan klik HANTAR
Pemohon diminta untuk muat turun dan simpan resume yang dinyatakan untuk dijadikan rujukan akan datang dan bawa bersama ke temuduga nanti (jika dipanggil). Permohonan selepas 8 April 2021 tidak akan diterima lagi.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan semasa temuduga (jika berkenaan).