Cara Dapatkan Semula Duit Anda Jika Dapat Barang Rosak/ Berbeza Dari Shopee

Ramai dalam kalangan kita menggunakan Shopee sebagai satu platform membeli belah secara atas talian (online) kerana sistemnya yang boleh dipercayai dan mudah digunakan. Dalam menggunakan Shopee, kita boleh jadi penjual dan juga pembeli.

Baca juga: Untuk Peniaga Shopee: Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu

Apa yang bagusnya tentang sistem Shopee, duit kita akan dilepaskan kepada penjual selepas 3 hari barang kita sampai atau kita boleh lepaskan duit tersebut sendiri kepada penjual. Jadi disini, keselamatan pembeli agak terjaga sebab itu Shopee sudah menjadi laman e-dagang no 1 di Malaysia berbanding laman-laman e-dagang lain.

Sebagai pembeli, kita berhak mendapat refund atau pengembalian wang daripada penjual atas sebab-sebab tertentu. Namun pasti ramai yang tidak tahu cara untuk mendapatkan refund daripada Shopee.

KENAPA ANDA PERLU MINTA REFUND?

Berikut adalah antara sebab yang membolehkan anda minta refund atau wang dikembalikan daripada penjual:

  • Barang yang dibeli tidak sampai dalam masa yang ditetapkan
  • Ingin membuat pembayaran semula
  • Penjual tidak pos barang dalam masa yang lama
  • Barang yang dihantar berbeza daripada yang diminta
  • Barang diterima rosak atau mengalami kecacatan fizikal

CARA MINTA WANG DIKEMBALIKAN

Berikut adalah panduan memohon wang dikembalikan daripada shopee:

  1. Buka aplikasi Shopee anda dan pergi ke bahagian ME di bawah paparan aplikasi
    Cara Dapatkan Semula Duit Anda Jika Dapat Barang Rosak/ Berbeza Dari Shopee & Lazada
  2. Pilih To Receive untuk lihat barang yang diterima
    Cara Dapatkan Semula Duit Anda Jika Dapat Barang Rosak/ Berbeza Dari Shopee & Lazada
  3. JANGAN KLIK Order Received sebelum anda minta refund!  Tekan pada produk yang dibeli
    Cara Dapatkan Semula Duit Anda Jika Dapat Barang Rosak/ Berbeza Dari Shopee & Lazada
  4. Klik Return/Refund
    Cara Dapatkan Semula Duit Anda Jika Dapat Barang Rosak/ Berbeza Dari Shopee & Lazada
  5. Pilih barang yang ingin ditukar/ wang dikembalikan, masukkan alasan, gambar barang diterima, penyelesaian dan jumlah wang yang ingin dikembalikan
    Cara Dapatkan Semula Duit Anda Jika Dapat Barang Rosak/ Berbeza Dari Shopee & Lazada
  6. Klik SUBMIT
    Cara Dapatkan Semula Duit Anda Jika Dapat Barang Rosak/ Berbeza Dari Shopee & Lazada

Siap! Pihak penjual dan Shopee akan memproses permohonan refund anda dalam tempoh beberapa hari. Jika diluluskan, anda akan terima balik wang anda dan akan dimasukkan terus ke Shopeepay anda untuk digunakan bagi pembelian seterusnya.

Ramai tak tahu sebenarnya anda boleh pindahkan wang dari Shopee yang anda ada ke akaun bank dengan mudah. Anda boleh rujuk PANDUAN INI untuk ketahui caranya.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma