Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •Life Matrikulasi Sebenarnya Tak Mudah – Ini Realiti • Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •Life Matrikulasi Sebenarnya Tak Mudah – Ini Realiti •

Perbezaan Antara GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 PEMERKASA Yang Ramai Keliru

Oleh Cikgu Shaari • March 31, 2021 • 2 min baca

Perbezaan Antara GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 PEMERKASA Yang Ramai Keliru
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Keputusan kerajaan dalam memperkenalkan bantuan khas untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) serta peniaga kecil iaitu Geran Khas Tambahan (GKP) telah memberi impak yang positif kepada golongan ini. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita memberi kesan yang ketara terhadap golongan peniaga kerana larangan berniaga dalam tempoh tertentu.

Sejak tahun lepas, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat yang susah di bawah pakej-pakej bantuan yang diperkenalkan. Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan GKP Tambahan di bawah PERMAI dan GKP 3.0 di bawah PEMERKASA.

Rupanya ramai yang keliru tentang perbezaan antara kedua-dua GKP ini. Bagi memudahkan kefahaman semua, anda boleh rujuk perkongsian di bawah.

PERBEZAAN ANTARA GKP TAMBAHAN & GKP 3.0

Anda boleh semak perbezaan GKP Tambahan & GKP 3.0 dari segi syarat kelayakan, jumlah bayaran serta tarikh bayaran di jadual bawah:

Perbezaan Antara GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 PEMERKASA Yang Ramai Keliru

SOALAN HOT BERKENAAN GKP

Ramai yang masih keliru berkenaan beberapa perkara tentang GKP, antaranya adalah:

Dah 25/3, Mengapa Masih Belum Terima Bayaran GKP Tambahan?

Jawapan: Pembayaran dibuat secara berperingkat mulai 25 Mac hingga 31 Mac 2021. Jadi bagi individu yang masih belum terima, diminta untuk bersabar. Anda akan terima bayaran selewat-lewatnya 31 Mac 2021.

Dah Terima GKP Tambahan, Perlu Ke Mohon GKP 3.0?

Jawapan: Untuk makluman anda, permohonan baharu GKP 3.0 hanya dibuka untuk PKS mikro yang TIDAK LULUS/ TIDAK PERNAH menerima GKP sebelum ini. Penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan terima secara automatik tanpa perlu buat permohonan baharu.

Permohonan GKP 3.0 boleh dibuat mulai 1 hingga 15 April 2021.

Baru Daftar SSM/ PBT, Boleh Ke Mohon GKP 3.0?

Jawapan: Seperti yang dinyatakan dalam syarat, hanya perniagaan yang berdaftar dengan SSM, PBT atau LHDN setakat 28 Februari 2021 sahaja LAYAK terima bantuan GKP 3.0.

Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada peniaga/PKS yang ingin buat permohonan GKP 3.0 yang akan dibuka mulai 1 April 2021 (Khamis). Anda boleh klik butang di bawah untuk mohon GKP 3.0:

MOHON GKP 3.0 PEMERKASA

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.