Pengecualian Kompaun Kelewatan Memperbaharui Pendaftaran Perniagaan Sehingga Disember

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan lagi tempoh pengecualian kompaun ke atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan dalam satu tempoh yang ditetapkan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, pelanjutan inisiatif pengecualian kompaun itu dijangka memberi penjimatan sebanyak RM13.7 juta yang dapat dimanfaatkan oleh lebih 330,000 komuniti peniaga dalam mengharungi cabaran pemulihan ekonomi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan pengecualian kompaun yang diumumkan.

LANJUTAN INISIATIF PENGECUALIAN KOMPAUN

Inisiatif itu adalah lanjutan daripada pelaksanaan pengecualian kompaun atas kelewatan memperbaharui perakuan pendaftaran perniagaan yang dilaksanakan pada 17 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 sebelum dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021, manakala bagi kelewatan mendaftarkan perniagaan baharu pula diperkenalkan pada 1 Jan 2021 dan sepatutnya berakhir pada 30 Jun 2021.

TEMPOH PENGECUALIAN KOMPAUN

Pengecualian kompaun atas kelewatan pendaftaran perniagaan adalah sehingga:

  • Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

JENIS PENGECUALIAN KOMPAUN

Pengecualian kompaun diberi sehingga tempoh di atas bagi kesalahan:

  • Kelewatan memperbaharui pendaftaran perniagaan
  • Kelewatan mendaftarkan perniagaan baharu

TUJUAN PENGECUALIAN KOMPAUN

Pengecualian kompaun itu diberi bertujuan untuk:

  • Membantu komuniti perniagaan yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan
  • Membantu peniaga dan bakal peniaga yang tidak dapat memperbaharui pendaftaran perniagaan atau lewat mendaftarkan perniagaan baharu

Peniaga mempunyai pendaftaran perniagaan yang telah tamat tempoh boleh perbaharui lesen sekarang secara online melalui EBIZ SSM.

Golongan B40, ibu tunggal, pelajar dan OKU yang ingin memulakan perniagaan dan buat pendaftaran perniagaan SSM boleh daftar sekarang secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Klik pautan dibawah:

DAFTAR SSM PERCUMA

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma