Permohonan Bantuan Program Transformasi Belia Ternak Dibuka Buat Belia Di Johor
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor membuka peluang bagi penternak dan pengusaha Industri Asas Ternakan (IATn) belia untuk memohon Bantuan Program Transformasi Belia Ternak 2021.
Penternak dan pengusaha belia yang berminat diminta untuk melengkapkan dan menghantar borang permohonan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran selewat-lewatnya pada 11 April 2021 bersamaan hari Ahad.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan serta cara mohon bagi yang berminat.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Individu berumur diantara 18 hingga 40 tahun.
- Boleh membaca, mengira dan menulis
- Mempunyai pendaftaran ID Premis
- Mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi lain yang diiktiraf.
- Keutamaan kepada belia yang telah menjalankan projek atau projek yang telah di usahakan oleh keluarga ( Ibu / Bapa )
- Permohonan daripada lepasan pelajar IPTA / IPTS perlu mengemukakan salinan pencapaian Akademik.
- Permohonan daripada kakitangan awam perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jabatan. Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak dibenarkan memohon.
- Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima.
- Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi dan berdaya maju untuk di perluas kapasiti.
SKOP PROGRAM
Belia yang mengikuti program yang ditawarkan akan mendapat manfaat bantuan dan program meliputi skop berikut:
- Pemberian Geran Bantuan Secara Bersasar
- Penjenamaan Produk
- Penggunaan Teknologi
– Perolehan Peralatan Ladang
– Perolehan Peralatan Premis - Meningkatkan Biosekuriti
– Ladang
– Premis - Kawalan Keselamatan Makanan
– Pakej Bantuan Keselamatan Makanan - Pembangunan Infra
– Pakej Bantuan Bahan Binaan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat sehingga selewat-lewatnya tarikh permohonan berikut:
- Daerah Segamat – 11 April 2021
- Daerah Muar – 13 Mei 2021
CARA MOHON
Tawaran adalah terbuka kepada golongan belia yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan di atas. Untuk buat permohonan, anda perlu dapatkan borang permohonan di salah satu saluran berikut:
- Laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
- Pejabat Perkhidmatan Veterina Daerah berdekatan
- Muat Turun di bawah
Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan :