Pengambilan Pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2021/2022 Dibuka
Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM- IIUM. Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian ini dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian di bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Permohonan kini dibuka kepada calon lepasan SPM tahun 2020 yang lulus dalam matepelajaran yang dinyatakan dan memenuhi syarat-syarat kelayakan. Pelajar yang berkelayakan akan menerima biasiswa/ bantuan pendidikan sepanjang tempoh pengajian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pensijilan ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut adalah antara syarat kelayakan yang ditetapkan dan perlu dipenuhi untuk membuat permohonan:
- Bumiputera
- Tidak Berkahwin
- Lulus Peperiksaan SPM 2020* dengan mendapat:
– Minima Gred A- bagi mata pelajaran Matematik.
– Minima Gred B bagi semua mata pelajaran berikut;
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab
c) Bahasa Inggeris
d) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah - Minima 2B, 1C+ bagi mata pelajaran berikut:
a) Biologi / Fizik
b) Kimia
c) Matematik Tambahan - Turue memohon menyambung pengajian di IIUM melalui UPU Online
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 29 Mac hingga 12 April 2021
CARA MEMOHON
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap secara dalam talian melalui pautan berikut:
Permohonan calon SPM 2020 adalah menggunakan:
- Percubaan SPM 2020 atau
- Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5; atau
- Keputusan Akhir Tahun Tingkatan Empat
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan di laman sesawangan Darul Quran JAKIM pada tarikh dan pautan berikut:
- Tarikh semakan: 16 Julai 2021
- Pautan semakan: http://www.darulquran.gov.my
Hanya pelajar yang layak sahaja akan dipanggil temuduga.
Semak jadual pergerakan program pengambilan pelajar baharu di bawah:
Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi, Darul Quran JAKIM di talian berikut:
- Tel: 03-6063 5323 / 5349 / 5351 / 5374
- Faks : 03-60645497
- E-mel: info_dq@islam.gov.my