Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UPSI Sesi 2021 Kini Dibuka Secara Online
WEZAS mempelawa para pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berkeperluan untuk memohon bantuan Zakat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Permohonan boleh dibuat melalui myupsi portal secara online, lebih mudah! Tatacara permohonan telah disediakan untuk pemohon.
Untuk makluman anda, sesi permohonan akan ditutup apabila had pemohon telah mencapai 2000 pemohon. Jadi pelajar dinasihatkan untuk buat permohonan dengan segera.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan bantuan zakat pelajar UPSI.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Pelajar yang beragama Islam
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Pendapatan seisi keluarga bawah RM4,000 sebulan
- Jumlah pinjaman/ tajaan kurang RM4,000 bagi satu semester
CARA MOHON
Pelajar UPSI yang memenuhi syarat kelayaka di atas boleh buat permohonan dan jalani temuduga online dengan langkah berikut:
- Pergi ke MyUPSI Portal
- Buat permohonan zakat secara atas talian
- Buat pilihan tarikh temuduga
- Sesi temuduga secara atas talian
- Kelulusan oleh pihak WEZAS
- Terima bayaran terus ke akaun pelajar 30 hari selepas tarikh temuduga
- Tamat
Berikut adalah panduan lengkap permohonan bantuan zakat UPSI secara online:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Ust. Mohd Zin Azhari di talian 013 623 2578 atau terus ke laman media sosial WEZAS UPSI.