10,000 Jawatan kosong Di Karnival PenjanaKerjaya Terengganu 2021. Daftar Sekarang
Berita baik buat pencari kerja dan graduan di Terengganu! 10,000 peluang pekerjaan menanti anda di Karnival PenjanaKerjaya Terengganu tahun 2021 Anjuran PERKESO dan Terengganu HRDF di bawah Kementerian Sumber Manusia. Karnival PenjanaKerjaya Terengganu akan melibatkan pelbagai syarikat terkemuka dengan tawaran pelbagai jenis jawatan sesuai dengan kelayakan graduan.
Karnival pekerjaan akan berlangsung pada 3 dan 4 April 2-21 bertempat di satu lokasi yang telah ditetapkan. Pendaftaran bagi menyertai temuduga kini dibuka kepada semua peserta yang berminat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran temuduga Karnival PenjanaKerjaya Terengganu 2021 supaya tidak lepaskan peluang kerjaya ini..
Isi Kandungan
MAKLUMAT KARNIVAL
- Nama program: Karnival PenjanaKerjaya Terengganu
- Anjuran: PERKESO & Terengganu HRDF
- Tarikh: 3 dan 4 April 2021
- Lokasi: Duyong Marina & Resort
DAFTAR KARNIVAL KERJAYA
Orang ramai yang berminat untuk mohon pelbagai jawatan yang ditawarkan boleh buat pendaftaran sekarang dengan dengan kaedah berikut:
- Pergi ke pautan careerfair.perkeso.gov.my.
- Klik LOG IN bagi individu yang sudah pernah mendaftar. Klik REGISTER bagi pendaftaran baru
- Klik Karnival PenjanaKerjaya Terengganu 2021
- Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik Register
- Setelah selesai mendaftar, anda boleh lihat senarai jawatan yang ditawarkan beserta maklumat temuduga
- Untuk mohon, klik Details pada mana-mana jawatan yang anda mahu
- Klik Apply
- Senarai jawatan yang anda mohon akan dimasukkan dalam List of Application
Setelah selesai mendaftar jawatan kosong yang anda berminat dan sesuai dengan kelayakan, anda diminta untuk tunggu makluman masa temuduga pada tarikh yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
- En. Yunus: 019 256 3352
- En. Faisal: 014 510 4754