Tawaran Skim Pembiayaan Go Digital Sehingga RM5,000 Untuk Tingkatkan Prestasi Perniagaan

Pelanggan hari ini sudah semakin bijak dan lebih memilih untuk membeli secara dalam talian kerana langkah itu dikenalpasti lebih mudah, cepat serta menjimatkan masa dan tenaga. Tambahan pula dengan situasi Covid-19 yang menghadkan pergerakan orang ramai.

Sebagai peniaga atau usahawan, anda perlu lah bijak dalam mengenalpasti peluang untuk meningkatkan prestasi perniagaan anda. Jangan tunggu lagi, ubah perniagaan anda ke arah perniagaan digital sekarang kerana perniagaan digital kini menjanjikan pasaran yang lebih meluas.

Hijrah Selangor menawarkan Skim Pembiayaan Go Digital bagi membolehkan usahawan meningkatkan prestasi perniagaan dengan menembusi ke arah digital.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Skim Pembiayaan Go Digital menawarkan pembiayaan seperti berikut:

  • Had pembiayaan minima RM1,000 dan had maksima sehingga RM5,000
  • Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)
  • Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak 4% hingga 8%

TAWARAN SKIM GO DIGITAL

Skim pembiayaan Go Digital ini akan ditawarkan oleh Syarikat Peneraju secara pakej yang mengandungi:

  • Sistem dan Peralatan
  • Pemasaran
  • Latihan
  • Pemantauan
  • Perkhidmatan Jalur Lebar (Selangor Data Internet)

Tawaran Skim Pembiayaan Go Digital Sehingga RM5,000 Untuk Tingkatkan Prestasi Perniagaan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon Skim Pembiayaan Go Digital:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun
  • Rakyat Selangor, bermaustatin dan menetap di Selangor (tidak kurang dari 5 tahun)
  • Mempunyai Syarikat berdaftar dengan PBT atau SSM
  • Perniagaan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • Aktiviti perniagaan dijalankan tidak bertentangan dengan undang-undang
  • Tidak mempunyai rekod tidak baik daripada mana-mana agensi kewangan
  • Mematuhi syarat-syarat dan peraturan ditetapkan Hijrah Selangor
  • Mempunyai simpanan sebanyak 25% daripada nilai pinjaman dipohon dari jumlah gabungan simpanan di institusi kewangan dan Tabungan Hijrah
  • Peminjam Hijrah masih meminjam dibenarkan untuk pinjaman ini dengan ketetapan gabungan jumlah tidak melebihi RM50,000

CARA MOHON SKIM GO DIGITAL

Usahawan yang berminat untuk bertukar ke arah perniagaan digital dan memerlukan pembiayaan yang ditawarkan boleh mohon sekarang secara atas talian melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat semakan sama ada anda layak atau tidak, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Tel: 03 5519 1692

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma