Tarikh & Kaedah Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UPM Sesi 2022/2023 Secara Online
Pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di peringkat pengajian Bacelor, Master dan PhD boleh buat permohonan Bantuan Zakat Pelajar melalui Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) secara atas talian bagi Semester kedua sesi 2022/2023 yang akan dibuka dalam bulan ini.
Pelajar yang ingin membuat permohonan boleh mengisi borang permohonan di laman sesawang yang disediakan dan buat permohonan segera bagi memudahkan pihak WAZAN memproses permohonan anda. Permohonan di luar tempoh yang diberikan tidak digalakkan.
Rujuk info lanjut permohonan zakat UPM di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan zakat pelajar UPM bagi sesi 2022/2023 adalah:
- Pelajar Asasi
– 16 Januari – 28 Mei 2023 - Pelajar Diploma
– 9 Januari – 23 April 2023 - Pelajar Ijazah, Sarjana & PhD
– 13 Mac – 25 Jun 2023
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat permohonan bantuan zakat yang perlu dipenuhi:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia / Pemaustatin Tetap
- Berdaftar sepenuh masa sahaja
- Terbuka kepada pelajar Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD
- Pemilihan berdasarkan garis panduan pengiraan had kifayah
- Setiap permohonan TIDAK terikat dengan sesi temubual
- Pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Online beserta dokumen sokongan yang diperlukan
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai lampiran yang wajib dikemukakan/ muat naik semasa buat permohonan:
CARA MOHON
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan di laman sesawang berikut:
Pemohon mestilah log masuk ke ke UPMID terlebih dahulu untuk mengisi borang permohonan bantuan zakat yang disediakan.
Untuk info lanjut berkenaan permohonan bantuan zakat pelajar UPM, anda boleh hubungi:
- Pejabat: 03 9769 6156
- Hotline: 010 789 8566
- Emel: wazan@upm.edu.my