Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah
Lebih mudah urusan pengguna Maybank2u selepas ini! Maybank mengumumkan bahawa tiada lagi SMS TAC bakal dihantar ke telefon pengguna untuk sebarang transaksi Maybank2u. Penamatan khidmat SMS TAC untuk transaksi ini diganti dengan kemudahan Secure2u, iaitu kaedah pengesahan yang lebih canggih dan mudah.
Jika sebelum ini transaksi Maybank2u boleh disahkan melalui SMS TAC dan memasukkan nombor TAC, namun pengguna kini hanya perlu mengesahkan transaksi melalui Secure2u di aplikasi sahaja!
Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut berkenaan Secure2u Maybank dan cara buat transaksi tanpa SMS TAC.
Isi Kandungan
KELEBIHAN MAYBANK SECURE2U
Antara kelebihan menggunakan Maybank Secure2u adalah:
- Pengguna boleh buat transaksi melibatkan pembayaran bil melalui Maybank2u di samping untuk transaksi IBG serta transaksi sehingga RM5,000 ke atas ke akaun lain
- Menyediakan keselamatan perbankan dalam talian yang lebih baik
- Cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk mengesahkan transaksi
- Pengesahan transaksi menggunakan Secure Verfiction (Pengesahan Selamat) atau Secure TAC (nombor TAC) enam digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih Maybank2u)
PENGESAHAN TRANSAKSI SECURE2U
- Secure Verfiction (Pengesahan Selamat) membolehkan pengguna menyetujui atau menolak transaksi dalam talian menggunakan peranti mereka setelah pemberitahuan mengenai transaksi dihantar ke telefon mereka
- Secure TAC membolehkan pengguna meluluskan transaksi dalam talian di laman web Maybank2u dengan memasukkan nombor TAC enam digit dari aplikasi
CARA DAFTAR SECURE2U
Untuk mengaktifkan Secure2u, pengguna perlu ikut langkah berikut:
Muat turun aplikasi Maybank2u di telefon pintar
Klik SECURE2u pada bahagian menu
Fahamkan apa itu Secure2u
Baca tutorial mendaftar dan cara penggunaan Secure2u
Log masuk ke Maybank2u
Sahkan nombor telefon anda iaitu nombor telefon yang sama digunakan untuk menerima SMS TAC
Tunggu SMS OTP dihantar ke telefon anda
Masukkan nombor OTP yang diterima
Masukkan nombor kad pengenalan anda
Klik SUBMIT
Pendaftaran selesai
Rujuk panduan dalam bentuk video di sini:
Mudah kan? Selepas ini anda sudah tidak perlu hantar SMS TAC untuk buat sebarang transaksi kerana urusan lebih mudah dengan Secure2u. Untuk maklumat lanjut berkenaan Secure2u Maybank, anda boleh rujuk di laman Secure2u Maybank.
Semoga bermanfaat!