Tawaran Program Asas Usahawan Pengajaran Online Yayasan Bank Rakyat 

Peluang terbuka kepada lepasan graduan yang berminat untuk menjadi seorang Usahawan Pengajaran Dalam Talian melalui latihan secara dalam talian anjuran Yayasan Bank Rakyat.

Program Asas Usahawan Pengajaran Dalam Talian anjuran Yayasan Bank Rakyat ialah program bimbingan dan latihan kepada graduan Yayasan Bank Rakyat yang berminat untuk menjadi usahawan pengajar secara dalam talian atau secara bersemuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Program Asas Usahawan yang ditawarkan oleh YBR.

TEMPOH PENDAFTARAN

Pendaftaran program bagi yang berminat boleh dibuat pada:

  • 11 Mac hingga 21 Mac 2021

TUMPUAN PROGRAM

Program ini akan menumpukan kepada melatih peserta ke arah:

  • Kemahiran Melakar Aras Tinggi iaitu Freehand Visualization Skills (FVS)
  • Mendapatkan latihan, bimbingan dan pemantauan secukupnya bersama tenaga pengajar yang berpengalaman

MAKLUMAT PROGRAM

Peserta akan mengikuti kursus seperti berikut:

  • Kursus: Sepenuh masa
  • Tempoh: 3 bulan
  • Kaedah: Secara dalam talian

Program ini terbuka kepada semua graduan TBR yang berminat menjadi usahawan pengajar secara dalam talian. Peserta berpeluang menjadi tutor kelas melakar secara online atau bersemuka.

CARA MOHON

Graduan yang berminat dengan program usahawan yang ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke laman yayasanbankrakyat.com.my
  2. Klik pada poster PROGRAM ASAS USAHAWAN
  3. Isi borang pendaftaran yang disediakan
  4. Klik ADD FILE untuk muat naik resume anda. Tanda pada kotak yang disediakan dan klik SUBMIT

Dengan pendaftaran ini, peserta bersetuju dengan Notis Privasi Yayasan Bank Rakyat. Semua maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dari masa ke semasa.

Bagi sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, boleh ajukan kepada event@yayasanbankrakyat.com.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma