Cara Sucikan Dividen KWSP Sebelum Guna & Siapa Yang Perlu Sucikan Dividen

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 27 Februari 2021 lepas telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan 2020. 

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional manakala kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Tahukah anda dividen KWSP yang diterima perlu disucikan? Bagimana nak sucikan dan siapa yang perlu sucikan dividen KWSP? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan membuat penyucian dividen KWSP.

SIAPA YANG PERLU SUCIKAN DIVIDEN?

Ahli KWSP yang perlu sucikan dividen KWSP adalah:

  • Pencarum KWSP beragama Islam yang masih menggunakan Akaun Konvensional dan tidak bertukar kepada Akaun Syariah

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan pertukaran ke Simpanan Shariah dikecualikan daripada penyucian dividen. Ini bermaksud ahli yang menggunakan Akaun Shariah TIDAK PERLU lagi menyucikan dividen yang diterima.

Sebab itulah penting untuk tukar ke akaun shariah!

CARA TUKAR AKAUN KONVENSIONAL KEPADA AKAUN SHARIAH

Setiap ahli yang buka akaun KWSP, ia akan secara automatik membuka akaun konvensional melainkan ahli sendiri yang meminta untuk membuka akaun syariah atau ditanya oleh petugas di kaunter. Oleh itu Ahli yang ingin masih akaun konvensional perlu tukar ke akaun shariah.

Rujuk: Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

KENAPA PERLU SUCIKAN DIVIDEN?

Umat Islam digalakkan untuk menukar Akaun konvensional kepada Akaun Syariah. Ahli yang masih menggunakan Akaun Konvensional perlu sucikan dividen kerana:

  • Pelaburan akaun konvensional tidak patuh syariah. Terdapat unsur-unsur keraguan dan pelaburan ‘tak bersih’ yang dilakukan melalui akaun konvesional.
  • Buka akaun patuh syariah supaya duit yang dikeluarkan nanti tak ada unsur keraguan dan halal untuk digunakan

Menurut Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP, adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap muslim untuk memastikan setiap urusan yang berkaitan kewangan adalah patuh syariah. Jadi ahli-ahli KWSP adalah digalakkan untuk menukar jenis akaun KWSP mereka kepada yang patuh syariah dan digalakkan juga untuk ‘membersihkan’ atau menyucikan apa-apa yang diperolehi daripada pelaburan yang dibuat daripada jenis konvensional.

CARA SUCIKAN DIVIDEN KWSP DARIPADA AKAUN KONVENSIONAL

Bagi ahli yang masih menggunakan akaun konvensional, anda perlu sucikan dividen KWSP. Sebelum nak sucikan, pastikan penyucian itu tidak memudaratkan perbelanjaan asas diri ahli.

Jika ia menjejaskan perbelanjaan asas ahli, tidak digalakkan untuk membuat penyucian dividen.

Berikut adalah cara tentukan jumlah dividen yang perlu disucikan:

  • Bagi ahli yang telah membuat pengeluaran penuh: Jumlah dividen yang dikreditkan ke akaun ahli setiap tahun sehingga dividen terakhir yang dibayar bagi pengeluaran penuh; atau
  • Bagi ahli yang telah memilih untuk menukar kepada Simpanan Syariah: Jumlah dividen yang dikreditkan ke akaun ahli setiap tahun sehingga dividen Simpanan Konvensional terakhir.

Rujuk: Cara Semak Jumlah Dividen KWPS Yang Diterima

KWSP telah menetapkan kadar penyucian dividen Simpanan konvensional untuk 2020 adalah sebanyak 69% daripada jumlah dividen. Pengiraan penyucian adalah seperti berikut:

69% x Dividen = Jumlah yang perlu dibayar
Contohnya:

69% x RM1,000 =  RM690

Cara Sucikan Dividen KWSP Sebelum Guna & Siapa Yang Perlu Sucikan Dividen

AMAUN YANG PERLU DIBAYAR

Bila dah tahu amaun penyucian daripada dividen KWSP yang perlu dibayar, anda boleh gunakan jumlah tersebut untuk disalurkan kepada:

  • Aktiviti kebajikan seperti bantuan fakir miskin, bencana alam, kos perubatan dan penjagaan kesihatan ataupun kos pendidikan
  • Kos pembinaan/penyediaan kemudahan awam sama ada melalui Baitumal di Majlis Agama Islam negeri masing-masing, atau pertubuhan yang berdaftar sebagai badan kebajikan
  • Diberikan secara langsung kepada pihak yang memerlukan bantuan kewangan terutamanya ahli keluarga yang tidak berkemampuan.

Dah tahu betapa pentingnya bertukar ke akaun shariah? Jadi umat Islam digalakkan untuk gunakan akaun tersebut agar tiada keraguan atas wang yang akan digunakan di hari tua nanti. Pastikan anda bersihkan dahulu dividen yang diterima sebelum digunakan.

Semoga bermanfaat!

Rujuk: Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma