Tawaran Kursus Insentif Perkembangan Kanak-Kanak Terbuka Buat Pengasuh Taska Di Rumah

Program Kursus Insentif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) merupakan kursus asas bidang pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak yang telah dilaksanakan bermula tahun 2013.

Inisiatif ini bermula setelah mendapati kebanyakan pengasuh-pengasuh taska di rumah tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan kursus yang ditawarkan.

TARIKH KURSUS

Kursus ini akan diadakan pada tarikh berikut:

  • 10 & 11 Disember 2022

MAKLUMAT KURSUS

Berikut adalah beberapa maklumat penting berkenaan kursus yang peserta perlu tahu:

  • Tempat penginapan akan disediakan untuk peserta kursus sahaja. (Sekitar Lembah Klang)
  • Sekiranya peserta tidak boleh bermalam di tempat penginapan yang disediakan, peserta memaklumkan kepada urusetia 3 hari awal sebelum program bermula bagi mengelakkan pembaziran.
  • Semua peserta wajib menghadiri dan terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program.
  • Kos pengangkutan tidak disediakan.
  • Kursus akan dijalankan selama 2 hari 1 malam dan diadakan pada hujung minggu sahaja.
  •  Tidak dibenarkan membawa anak.
  • Tempat penginapan akan menempatkan dua (2) orang peserta bagi satu bilik. Susunan akan dibuat oleh urusetia.
  • Satu group whatsapp akan diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat berkaitan dengan program.
  • Keselamatan diri dan barang-barang adalah di bawah tanggungjawab peserta. YAWAS tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini sekiranya berlaku ke atas peserta sepanjang program berlangsung.

MANFAAT DITERIMA

Antara manfaat yang diterima oleh peserta kursus adalah:

  • Terima sijil penyertaan
  • Nama akan dimasukkan dalam sistem carian pengasuh di bawah i-Asuh (sistem yang diwujudkan untuk memudahkan ibubapa untuk mencari pengasuh di kawasan mereka).
  • Kit kawalan kendiri bernilai RM 200.
  • Berpeluang untuk menerima geran berjumlah RM 2,000. (Tertakluk bagi 25 orang peserta yang menerima markah penilaian paling tinggi di antara jumlah keseluruhan peserta yang hadir program KIPK sepanjang tahun 2021).
Nota: Manfaat ini hanya diberikan kepada peserta yang berjaya hadir program dari awal hingga program tamat sahaja. Peserta yang gagal menghadiri semua program yang telah ditetapkan tidak akan mendapat manfaat program KIPK ini. Malah tidak berpeluang untuk hadir ke program seterusnya.

KRITERIA KELAYAKAN

Program Kursus Insentif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) ini terbuka kepada kaum wanita yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas; DAN
    Sedang menetap di Selangor; DAN
  • Sedang menjalankan atau mempunyai keiginan yang serius untuk menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di kawasan mereka; DAN
  • Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta; DAN
  • Merupakan pengundi di Negeri Selangor
Nota. Pemohon juga perlu bersetuju maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor telefon dan tempat pengasuhan/bakal tempat mengasuh dipaparkan di dalam laman sesawang i-Asuh. Tempat pengasuhan adalah tertakluk di dalam kawasan Negeri Selangor sahaja.

**Program i-Asuh merupakan sebuah platform atau sistem carian data bagi memudahkan para ibubapa yang ingin mencari pengasuh di kawasan mereka

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Setiap permohonan mestilah dilengkapi dengan dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Borang permohonan yang telah disahkan oleh salah satu daripada jawatan pengesah yang dibenarkan seperti berikut:
    i. Ahli Parlimen / Senator
    ii.ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
    iii. Penghulu / Ketua Kampung
    iv. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
    v. Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
    vi. Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti

CARA MEMOHON

Individu yang berminat untuk ikuti kursus yang ditawrkan dan berkelayakan seperti dinyatakan boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Pemohon yang berjaya disenaraipendek untuk mengikuti kursus akan dihubungi oleh pegawai dalam tempoh satu (1) minggu sebelum kursus bermula. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman kipk.yawas.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma