Cara Mohon Pelbagai Jawatan Kosong RISDA Terbuka Buat Lepasan Sekolah & Graduan
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar kini membuka peluang pelbagai jawatan kosong bertaraf tetap kepada warganegara Malaysia yang sedang mencari kerja dan mempunyai ciri-ciri keperibadian yang dikehendaki.
Jawatan kosong di RISDA kini dibuka untuk permohonan secara atas talian. Permohonan adalah dibuka kepada individu yang mempunyai kelayakan SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan jawatan kosong RISDA.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan jawatan RISDA dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Sehingga 7 Ogos 2022
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan oleh RISDA:
- Penolong Akauntan WA29
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
- Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
- Pembantu Kenderaan H11
- Pembantu Awam H11
CIRI-CIRI KEPERIBADIAN
RISDA mencari calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:
- Mempunyai keterampilan yang baik
- Mempunyai semangat yang tinggi bekerja dalam kumpulan
- Mempunyai bakat kepimpinan
- Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
- Mempunyai kelayakan profesionalisma
- Boleh ditempatkan di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA
- Mempunyai nilai tambah (add-on value) yang sesuai dengan kelayakan minimum
SYARAT LANTIKAN
Hanya calon yang memenuhi syarat lantikan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan permohonan secara bertulis dengan disertakan resume, salinan sijil akademik dan lesen memandu yang berkaitan kepada:
- PEGAWAI RISDA BAHAGIAN
PEJABAT RISDA BAHAGIAN KAPIT
NO.34, 1ST FLOOR, LOT 2141,
JALAN BLETEH, NEW SHOP HOUSE,
96800 KAPIT, SARAWAK
Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan DITOLAK. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam ( 3 ) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.