Bantuan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Semak Kelayakan Sekarang

Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan peruntukan RM30 juta bagi membantu pelajar dalam kalangan anak Sarawak yang berdepan masalah untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menjadikan ia satu-satunya negeri yang mengambil inisiatif sedemikian bagi membantu secara terus pelajarnya membayar pinjaman itu.

Inisiatif itu merupakan satu usaha proaktif, yang memperuntukkan amaun cukup besar bagi membantu pelajar melunaskan pinjaman pendidikan mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN.

INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN yang disediakan oleh kerajaan Sarawak adalah dalam bentuk:

  • Pengurangan 30% daripada baki pinjaman PTPTN peminjam yang layak dalam kalangan anak Sarawak

TARIKH SEMAKAN

Sekiranya anda merupakan anak Sarawak yang membuat pinjaman PTPTN, anda boleh semak kelayakan penerimaan insentif bayaran balik pinjaman PTPTN mulai:

  • 9 Mac 2021

SYARAT KELAYAKAN

Hanya peminjam PTPTN yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan menerima bantuan kerajaan ini:

  • Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak
  • Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman
  • Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian)

KAEDAH PENENTUAN KELAYAKAN PENGURANGAN BAYARAN BALIK PTPTN

Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.

Contoh pengiraan:

  • Jumlah keseluruhan pinjaman: RM15,000
  • Jumlah bayaran balik oleh peminjam (mestilah sekurang-kurangnya 30%): RM5000
  • Baki pinjaman: RM10,000

Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan negeri daripada jumlah baki pinjaman adalah:

  • 30% x RM10,000 = RM3,000* Bantuan Kerajaan

Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam: (RM10,000 – RM3,000) = RM7,000

CARA BUAT SEMAKAN KELAYAKAN

Peminjam PTPTN yang memenuhi syarat kelayakan TIDAK PERLU kemukakan sebarang permohonan untuk penerimaan insentif ini. Anda hanya perlu buat semakan status kelayakan pemberian Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN anak Sarawak melalui pautan berikut:

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK. 

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Semak Kelayakan Sekarang

TEMPOH INSENTIF

Pelaksanaan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak ini:

  • Tidak mempunyai tempoh tamat
  • Dilaksanakan secara berterusan sehingga dimaklumkan pemberhentiannya oleh Kerajaan Negeri Sarawak

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak, sila dapatkan di talian berikut:

  • PTPTN Careline: 03- 2193 3000

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma