Bayaran Proses (No. Pin) UPUOnline Dikecualikan Kepada Pemohon IPTA & ILKA Sesi 2021/2022
Berita baik buat lepasan SPM yang akan mengisi UPUOnline untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada tarikh yang ditetapkan. Individu yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 tidak akan dikenakan bayaran proses UPUOnline.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, perkara itu diputuskan selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran bagi proses permohonan dalam talian itu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengecualian bayaran proses permohonan UPUOnline.
Isi Kandungan
TIADA BAYARAN PROSES?
Untuk makluman, bayaran proses UPUOnline yang sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan nombor unik ID Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA.
Kini, pelajar yang ingin memohon kemasukan ke IPTA dan ILKA tidak perlu lagi membeli nombor Pin di BSN kerana semuanya akan ditanggung oleh pihak KPT. Pemohon boleh buat permohonan terus dengan kaedah yang disediakan.
TEMPOH PERMOHONAN
Tempoh permohonan bagi semua kategori pemohon dibuka pada:
- 4 Januari hingga 31 Mac 2021
Calon-calon yang bakal mengisi UPUOnline boleh semak tarikh-tarikh penting permohonan dan pengambilan UPUOnline untuk rujukan akan datang.
Baca juga: Tarikh Permohonan Program Matrikulasi & PISMP IPG Ambilan 2021 Bagi Lulusan SPM
KATEGORI PEMOHON
Permohonan UPUOnline dibuka kepada semua kategori berikut:
- Lepasan SPM
- Lepasan STPM
- Lepasan Asasi
- Lepasan STAM
- Lepasan Matrikulasi
- Lepasan Diploma dan setaraf
CARA MEMOHON
Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang:
Baca: 15 Langkah Permohonan UPUOnline Yang Calon Perlu Tahu. Jangan Sampai Tersilap Langkah
KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.