Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Ujian Pengesahan Covid-19 (Swab Test) Percuma Buat 3 Kategori Pelajar IPT

Oleh Cikgu Shaari • March 5, 2021 • 2 min baca

Ujian Pengesahan Covid-19 (Swab Test) Percuma Buat 3 Kategori Pelajar IPT
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini sudah mula pulang ke kampus masing-masing secara berperingkat mulai 1 Mac lalu. Seperti dimaklumkan sebelum ini, hanya pelajar IPT yang tergolong dalam 6 kategori ini sahaja boleh pulang ke kampus masing-masing pada tarikh yang ditetapkan.

Kerajaan juga telah menetapkan bahawa ada sebahagian pelajar perlu membuat ujian pengesanan Covid-19 atau dikenali sebagai swab test. Namun Kerajaan telah menyatakan pengecualian caj akan dikenakan kepada pelajar IPT yang perlu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan pengecualian caj bagi ujian pengesanan Covid-19.

Baca juga: Proses Kemasukan Pelajar IPT Ke Kampus Semenanjung, Sabah & Sarawak Mulai Mac 2021

PENGECUALIAN CAJ 3 KATEGORI PELAJAR

Sejumlah 18,600 pelajar IPT dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung yang tergolong dalam tiga kategori ditetapkan, dikecualikan daripada dikenakan fi atau bayaran ujian pengesanan Covid-19.

Menurut menteri kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, mereka adalah:

  • Pelajar yang memulakan sesi pembelajaran fizikal dari Sarawak, Labuan dan Semenanjung ke Sabah
  • Pelajar dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan
  • Pelajar dari Semenanjung dan Labuan ke Sarawak

SYARAT PENGECUALIAN CAJ

Seperti dimaklumkan, pengecualian ini diberikan kepada:

  • Pelajar warga Malaysia yang melakukan ujian Covid-19 di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Menurut Dr. Adham, keputusan diambil selaras dengan usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19 dengan mewajibkan semua pelajar tersebut menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan sesi pengajian.

Pelajar Sabah yang bakal mendaftar kemasukan ke IPT boleh mohon bantuan pendaftaran IPT (BUDI) yang ditawarkan. MOHON DI SINI.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.