Portal Rumah Siswa KPT: Kemudahan Pelajar IPT Cari Rumah Sewa Sekitar Kampus
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa komited dan prihatin dalam memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar luar kampus diberi perhatian yang sewajarnya. Bagi memenuhi hasrat tersebut, KPT telah melancarkan inisiatif Rumah Siswa yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.
Selepas ini mahasiswa dan mahasiswi IPT yang tidak berjaya mendapat penempatan kediaman di kampus masing-masing boleh dapatkan rumah sewa berdekatan kampus dengan mudah melalui portal Rumah Siswa.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Inisiatif Rumah Siswa dan cara menggunakannya.
Isi Kandungan
FUNGSI RUMAH SISWA
Fungsi portal yang dibangunkan itu adalah:
- Menghubungkan antara pelajar sebagai penyewa dengan pemilik premis
- Mendapatkan khidmat nasihat
- Memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa pada harga kompetitif
3 KOMPONEN RUMAH SISWA
Inisiatif Rumah Siswa melibatkan 3 komponen utama iaitu:
- Pembangunan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus
- Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus
- Portal Rumah Siswa
5 GARIS PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR LUAR KAMPUS
Dalam memastikan inisiatif ini berlangsung pada landasan yang tepat, satu garis panduan pengurusan pelajar luar kampus yang komprehensif telah dibangunkan dengan kerjasama Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAPUM).
Garis panduan ini dirangka meliputi 5 aspek utama iaitu:
- Pembangunan Pelajar Luar Kampus
- Perkhidmatan Pelajar Luar Kampus
- Pengurusan Kebajikan Pelajar Luar Kampus
- Pengurusan Rumah Sewa
- Jaringan Masyarakat Pelajar Luar Kampus
DAFTAR PORTAL RUMAH SISWA
Sehingga 16 Februari 2021, sebanyak 1,250 buah rumah di seluruh negara telah didaftarkan di dalam Portal Rumah Siswa ini dan boleh diakses dengan panduan berikut:
- Pergi ke pautan rumahsiswa.mohe.gov.my
- Klik Daftar
- Masukkan maklumat diminta dan klik DAFTAR. Pastikan anda guna email universiti
- Pengesahan pendaftaran akan hantar melalui email anda.
- Semak email dan klik pada link yang disediakan
- Log masuk ke Portal Rumah Siswa
- Masukkan lokasi yang anda ingin cari atau jenis penginapan dan klik Cari
- Hasil carian akan dipaparkan. Klik pada Rumah Sewa yang anda berminat dan terus berhubung dengan individu berkaitan
KPT berharap agar pelajar luar kampus mendapat kediaman yang kondusif hasil akses capaian yang mudah dan pantas, selaras hasrat murni kerajaan untuk menjamin kesejahteraan pelajar di IPT seluruh negara.