Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon. Call Sahaja, Tak Perlu Isi Borang

Oleh Cikgu Shaari • July 6, 2022 • 2 min baca

Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon. Call Sahaja, Tak Perlu Isi Borang
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kad pengenalan/ MyKad anda mengalami kerosakan fizikal atau cip? Jika sebelum ini anda diperkenalkan dengan kemudahan gantian kad pengenalan secara online, kini lebih mudah anda boleh ganti kad pengenalan melalui panggilan telefon sahaja!

Tak perlu susah-susah isi borang di kaunter atau isi borang secara online. Call sahaja dan ambil kad pengenalan anda setelah siap. Mudah kan?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat gantian kad pengenalan melalui panggilan telefon.

SYARAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui talian telefon, anda perlu ikut syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Permohonan untuk Gantian Mykad Biasa atau Cip/Kad Rosak
  • Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
  • Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar TIDAK DIBENARKAN
  • Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter

BAYARAN DIKENAKAN

Bayaran permohonan akan dikenakan sebanyak:

  • RM10.00

Kutiran bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad di pusat kutipan. Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.

Rujuk: Kadar Bayaran Dikenakan Jika Kad Pengenalan Hilang

PUSAT KUTIPAN

Pusat kutipan adalah di:

  • JPN Putrajaya
  • JPN ZOOM
  • Ibu Pejabat JPN Negeri

TALIAN HOTLINE

Berikut adalah talian hotline yang perlu dihubungi untuk buat permohonan gantian kad pengenalan:

  • Talian Hotline: 03-8880-8066

Talian hotline tersebut beroperasi pada waktu berikut:

Waktu Operasi

  • Hari: Isnin hingga Jumaat
  • Masa: Jam 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

  • 1.00 petang hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.45 petang

CARA MOHON GANTIAN KAD PENGENALAN

Berikut adalah panduan membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui panggilan telefon:

  1. Hubungi talian hotline 03-8880-8066
  2. Maklumkan anda ingin buat permohonan gantian kad pengenalan biasa atau cip/ kad rosak
  3. Anda akan terima pengesahan dan tarikh kutipan
  4. Hadir ke pusat kutipan yang dinyatakan
  5. Ambil kad pengenalan baharu, serahkan kad pengenalan lama dan bayar mengikut jumlah bayaran yang dikenakan

Memandangkan penularan pandemik di negara kita masih tidak berhenti, orang ramai dinasihatkan untuk membuat temujanji jika ingin berurusan di kaunter JPN. Bagi kes gantian kad pengenalan secara panggilan telefon, anda tidak perlu buat temu janji, sebaliknya hadir ke JPN pada tarikh yang ditetapkan.

Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon. Call Sahaja, Tak Perlu Isi Borang

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.