Pengambilan Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti Dalam Pelbagai Bidang Pengajian. Ini Cara Mohon
Selain bidang kerjaya sebagai guru, pensyarah juga antara jawatan yang menjadi pilihan ramai graduan. Namun, tidak ramai graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan. Berminat nak jadi pensyarah di Politeknik atau Kolej Komuniti tetapi bukan kelulusan pengajian bidang pendidikan?
Salah satu cara untuk menjadi seorang pensyarah adalah dengan mengisi kekosongan jawatan dikenali sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. Urusan pengambilan jawatan ini adalah dibuka oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang boleh dimohon melalui sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (MySPP).
Terkini, SPP membuka tawaran pengambilan jawatan sebagai Pegawai pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29 dan DH41 di Semenanjung Malaysia tahun 2021. Graduan dari pelbagai bidang pengajian adalah digalakkan untuk mohon!
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
- Lokasi Kekosongan: Semenanjung Malaysia
- Tarikh Tutup Permohonan: 23 Mac 2021
BIDANG PENGKHUSUSAN DAN KELAYAKAN
Terdapat 31 bidang pengkhususan yang ditawarkan kepada graduan dari pelbagai latar belakang pengajian:
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan jawatan hendaklah memenuhi kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memenuhi syarat kelayakan khusus yang diminta
CARA MOHON JAWATAN
Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan yang ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan panduan berikut:
Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal MySPP di pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp. Individu yang masih belum pernah mendaftar MySPP boleh DAFTAR MYSPP sebelum buat permohonan.
Dah daftar, masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan, klik LOG MASUK.
Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.
Dah selesai lengkapkan maklumat, pergi ke bahagian JAWATAN DIMOHON. Masukkan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 di bahagian Jawatan yang dimohon.
Pilih pusat temuduga/ Ujian Khas dan klik SIMPAN
Sahkan jawatan yang dimohon. Klik saya setuju dan HANTAR
Permohonan anda telah berjaya dihantar! Slip Perakuan Permohonan Jawatan SPP akan dipaparkan. Cetak untuk rujukan akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan, anda boleh terus layari laman sesawang www.spp.gov.my.
Baca juga: Senarai Laluan Menjadi Seorang Pensyarah