i-Sinar: Pindaan Jumlah Dipohon & Maklumat Permohonan Mulai 8 Mac 2021

Berikutan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar pada bulan Februari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula 2 Mac 2021.

Permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli. Ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini, KWSP akan memberi kelonggaran untuk membuat pindaan maklumat permohonan.

KELONGGARAN PINDAAN BUTIRAN PERMOHONAN

Bermula 8 Mac 2021, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan di laman i-Sinar seperti:

  • Jumlah dipohon
  • Maklumat bank
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Mod bayaran

i-Sinar: Pindaan Jumlah Dipohon & Maklumat Permohonan Mulai 8 Mac 2021

JADUAL PEMBAYARAN MAKSIMUM

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu:

Baki Simpanan RM100,000 dan ke bawah

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Baki Simpanan Lebih Dari RM100,000

Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1) mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

TEMPOH KELULUSAN BAGI PERMOHONAN BAHARU

KWSP telah memaklumkan bagi permohonan baharu mulai 8 Mac 2021 akan diproses dalam tempoh:

  • Tempoh semakan: 5 hari bekerja

Selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

Terkini: Bayaran i-Sinar Mulai 2 Mac Bagi Permohonan Sebelum 25 Februari

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma