Tawaran Program Latihan Kemahiran SLDN Plus JPK. Insentif RM1,000 Sebulan Diberi
Program SLDN Plus merupakan inisiatif Kerajaan untuk membangunkan sumber manusia kemahiran melalui platform Technical & Vocational Education Training (TVET) secara sistem perantisan yang berstruktur dalam usaha membantu bakal pekerja atau pekerja sedia untuk mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran sedia ada serta menarik penglibatan pihak industri dalam TVET.
SLDN Plus menyediakan insentif kepada perantis dan PB SLDN yang terlibat dalam pelaksanaan program SLDN. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kini membuka permohonan insentif SLDN Plus bagi Tahun 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program SLDN yang ditawarkan dan cara mohon.
Isi Kandungan
GOLONGAN SASAR
Golongan yang akan mendapat manfaat daripada program SLDN Plus ini adalah terdiri daripada:
- Perantis terdiri dari bakal pekerja atau pekerja sedia yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran/kerjaya
- Penyedia latihan teori terdiri daripada Institusi Latihan Awam atau Swasta
- Penyedia Latihan Praktikal terdiri daripada industri atau syarikat (SME, GLC dan MNC)
SYARAT KELAYAKAN
Bakal pekerja atau pekerja yang layak mengikuti latihan program ini adalah memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun semasa pendaftaran sebagai perantis ke JKP (kiraan umur berdasarkan kepada tahun lahir)
- Sekurang-kurangnya boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
BAYARAN INSENTIF
Bayaran Insentif sehingga RM1,000 sebulan akan diberikan seperti berikut:
- Elaun bulanan perantis (perantis) – RM500
- Insentif bulanan Penyedia Latihan – RM300 bagi setiap perantis yang dilatih
- Insentif bulanan Syarikat/ Industri – RM200 bagi setiap perantis yang dilatih
TEMPOH LATIHAN
Perantis akan mengikuti latihan seperti berikut:
- Tempoh latihan adalah antara 2 bulan hingga 8 bulan dan perlu diselesaikan dalam tahun 2021
- Tarikh tamat latihan hendaklah selewat-lewatnya pada 30 November 2021
Perantis yang tamat latihan dan terampil akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap berkenaan atau Penyata Pencapaian (PC). Senarai kursus yang ditawarkan boleh dirujuk di bawah:
CARA DAFTAR
Untuk makluman anda, JPK mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100 kepada setiap perantis. Pendaftaran perantis kepada JPK hendaklah dilaksanakan oleh PB SLDN secara dalam talian melalui:
Orang ramai yang berminat untuk menjadi perantis dan sertai program SLDN yang ditawarkan juga boleh buat pendaftaran dengan klik butang DAFTAR PERANTIS di laman myspike.my.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Ibu Pejabat JPK: 03 83214768/ 4775/4776
- Laman web: https:///www.dsd.gov.my/