Kerjaya

e-LATiH: Lebih 200 Kursus Percuma Peningkatan Kemahiran Kerja Buat Pencari Kerja & Pekerja

February 17, 2021Oleh Cikgu Shaari2 min baca
e-LATiH: Lebih 200 Kursus Percuma Peningkatan Kemahiran Kerja Buat Pencari Kerja & Pekerja

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PDMB/HRDF) telah melancarkan platform agregrator kemahiran dan pengetahuan terbesar dalam talian, e-LATiH untuk semua rakyat Malaysia secara percuma.

e-LATiH merupakan Hab e-pembelajaran yang dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta memberi nilai tambah kepada rakyat Malaysia terutama pencari kerja yang masih tidak mempunyai apa-apa kemahiran bekerja. Pekerja yang ingin menambah kemahiran bekerja dalam pelbagai bidang juga sangat dialu-alukan untuk menyertai kursus e-Latih.

Lebih 200 kursus latihan berasaskan keperluan industri di Malaysia ditawarkan secara percuma. Jangan sia-siakan peluang ini, daftar sekarang.

KONSEP e-LATiH

Penyediaan platform e-LATiH adalah berkonsepkan seperti berikut:

  • Memberikan akses percuma kepada lebih 200 kursus latihan yang disesuaikan dengan keperluan industri di Malaysia
  • Membolehkan rakyat Malaysia membuat persiapan untuk masa depan dengan mengakses ratusan pengisian berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan
  • Mendorong rakyat Malaysia menerapkan pembelajaran dan pengetahuan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka

TEMPOH KURSUS

e-LATiH disediakan sepanjang tempoh berikut:

  • 6 Februari 2021 hingga 5 Februari 2022

12 BIDANG KURSUS DITAWARKAN

e-LATiH menyediakan 200 kursus dalam 12 bidang seperti berikut:

  • Pendigital (Digitisation)
  • Kemahiran Kewangan (Financial Skiils)
  • Kesihatan dan Keselamatan (Health & Safety)
  • Industri khusus (Industry Specific)
  • Bahasa (Languages)
  • Kepimpinan (Leadership)
  • Pemasaran dan Inovasi (Marketing & Innovation)
  • Pembangunan Peribadi (Personal Development)
  • Programming
  • Pengurusan projek (Project Management)
  • Pengaturcaraan kelestarian (Sustainability)
  • Customer Services

KANDUNGAN E-LATiH

  • Buat masa ini, kursus ditawarkan dalam bahasa Inggeris
  • Lebih banyak kandungan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu akan disediakan

CARA DAFTAR e-LATiH

Rakyat Malaysia yang ingin mendaftar e-LATiH untuk menyertai kursus latihan percuma boleh membuat pendaftaran dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke laman HRDF e-LATiH di pautan elatih.hrdf.com.my
  2. Klik Create An Account
    e-LATiH: Lebih 200 Kursus Percuma Peningkatan Kemahiran Kerja Ditawarakan Buat Pencari Kerja
  3. Masukkan maklumat diminta dan klik CONTINUE
    e-LATiH: Lebih 200 Kursus Percuma Peningkatan Kemahiran Kerja Ditawarakan Buat Pencari Kerja
  4. Masukkan maklumat lebih lanjut dan klik CREATE AN ACCOUNT
    e-LATiH: Lebih 200 Kursus Percuma Peningkatan Kemahiran Kerja Ditawarakan Buat Pencari Kerja
  5. ID dan kata laluan akan dihantar melalui email
    e-LATiH: Lebih 200 Kursus Percuma Peningkatan Kemahiran Kerja Ditawarakan Buat Pencari Kerja
  6. Login di laman https://www.elatih.com/user/login
    e-LATiH: Lebih 200 Kursus Percuma Peningkatan Kemahiran Kerja Ditawarakan Buat Pencari Kerja
  7. Pilih mana-mana kursus latihan yang anda ingin serta. lebih 200 kursus ditawarkan!
    e-LATiH: Lebih 200 Kursus Percuma Peningkatan Kemahiran Kerja Ditawarakan Buat Pencari Kerja

Jangan sia-siakan peluang ini, gunakan kemudahan yang disediakan ini sebaiknya. Rakyat Malaysia terutamanya pencari kerja perlu manfaatkan e-LATiH ini untuk meningkatkan kemahiran kerja bagi memudahkan kemasukan ke alam kerja nanti.

Semoga bermanfaat!

Topik artikel ini
Kerjaya
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda