Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021: Ribuan Jawatan Dibuka Di Seluruh Negara
Berita baik buat pencari kerja di luar sana! Ribuan peluang pekerjaan menanti anda di Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia tahun 2021 dengan kerjasama PERKESO.
Sebagai menepati kehidupan norma baharu, karnival pekerjaan yang akan berlangsung dari 23 hingga 26 Februari 2021 ini akan dijalankan sepenuhnya secara maya. Pendaftaran bagi menyertai temuduga kini dibuka kepada semua peserta.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran temuduga Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KARNIVAL
- Nama program: Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan
- Anjuran: Kementerian Sumber Manusia
- Tarikh: 23 ~ 26 Februari 2021
- Kaedah Temuduga: Aplikasi Cisco Webex
PENDAFTARAN KARNIVAL
Orang ramai yang berminat untuk mohon pelbagai jawatan yang ditawarkan boleh buat pendaftaran sekarang dengan dengan kaedah berikut:
- Pergi ke pautan careerfair.perkeso.gov.my.
- Klik LOG IN bagi individu yang sudah pernah mendaftar. Klik REGISTER bagi pendaftaran baru
- Klik Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan KSM 2021
- Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik Register
- Setelah selesai mendaftar, anda boleh lihat senarai jawatan yang ditawarkan beserta maklumat temuduga
- Untuk mohon, klik Details pada mana-mana jawatan yang anda mahu
- Klik Apply
- Senarai jawatan yang anda mohon akan dimasukkan dalam List of Application
Setelah selesai mendaftar jawatan kosong yang anda berminat dan sesuai dengan kelayakan, anda diminta untuk tunggu makluman masa temuduga pada tarikh yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
- En Dianhazri: 019 295 8289
- Cik Madihah: 011 6057 3076