Tukar Kata Laluan MyBPR Secara Online Sahaja Jika Tak Ingat Jawapan Soalan Keselamatan
Memandangkan ramai pengguna yang terlupa kata laluan MyBPR iaitu akaun untuk permohonan atau kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), LHDN kini telah memaklumkan pemohon boleh menukar kata laluan MYBPR mereka secara dalam talian sahaja tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN.
Sebelum ini, pengguna boleh reset kata laluan MyBPR dengan menjawab 3 soalan keselamatan yang ditanya ketika reset kata laluan ataupun terus hadir ke cawangan LHDN bagi yang terlupa jawapan soalan keselamatan tersebut. Rupanya ramai yang terlupa jawapan bagi soalan keselamatan yang ditanya!
Bagi yang terlupa anda tidak perlu hadir lagi ke pejabat LHDN, buat di rumah sahaja secara online dengan langkah-langkah yang dikongsikan oleh pihak LHDN di perkongsian bawah.
CARA TUKAR KATA LALUAN MYBPR SECARA ONLINE
Tindakan set semula atau penukaran kata laluan tersebut boleh dibuat dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti berikut:
- Layari laman https://bpr.hasil.gov.my
- Klik LOG MASUK
- Klik TERLUPA KATA LALUAN
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik SEMAK
- Masukkan alamat email yang telah didaftarkan dan klik SETERUSNYA
- Kata laluan sementara akan dihantar kepada alamat emel yang didaftarkan
Pemohon perlu menggunakan kata laluan sementara yang diterima melalui email yang didaftarkan tersebut untuk log masuk semula ke MyBPR dan seterusnya pemohon hendaklah mencipta kata laluan yang baharu.