Semakan & Permohonan

Permohonan Gantian Tarikh Ujian MUET & CEFR R Bagi Calon Yang Terlepas Tarikh Ujian

February 11, 2021Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Permohonan Gantian Tarikh Ujian MUET & CEFR R Bagi Calon Yang Terlepas Tarikh Ujian

Calon MUET  atau CEFR R Sesi 2 2020/2021 yang tidak dapat menduduki ujian pada tarikh yang ditetapkan dan telah melepasi tarikh atas sebab-sebab tertentu boleh buat permohonan untuk menduduki MUET/ CEFR R Gantian mulai 15 Februari 2021.

Calon yang berjaya membuat pendaftaran MUET/ CEFR R Gantian berpeluang menduduki semula ujian yang terlepas pada tarikh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut calon yang layak membuat permohonan MUET/ CEFR Gantian dan cara membuat permohonan.

PEMAKLUMAN KHUSUS

Pemakluman ini hanya terpakai untuk calon-calon yang tidak dapat menduduki ujian berikut:

  • Ujian MUET Bertulis Sesi 2 2020 (30 Januari 2021)
  • CEFR R Bertulis (6 Februari 2021)
  • CEFR Speaking (26, 27 Januari dan 2, 3, 4 dan 8 Februari 2021

CALON YANG LAYAK

Calon-calon dibenarkan membuat permohonan untuk menduduki Ujian MUET/ CEFR Gantian disebabkan oleh salah satu daripada kes yang berikut:

  • Positif Covid-19
  • Kontak rapat positif Covid-19 dan dikuarantin
  • Bergejala
  • Masalah pengangkutan awam

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan hendaklah disertakan dengan bukti sokongan berkaitan.

Bagi kes berkaitan kesihatan:

  • Surat doktor; atau
  • Suarat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); atau
  • Laporan ujian calitan (Swab Test)

Bagi masalah pengangkutan awam

  • Bukti pembatalan tiket penerbangan/bas

TARIKH PENDAFTARAN UJIAN GANTIAN

Tarikh pendaftaran Ujian MUET/ CEFR R Gantian adalah pada:

  • 15 Februari 2021 hingga 23 Februari 2021

Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. Pendaftaran adalah PERCUMA> Pemohon hendaklah memilih pusat peperiksaan yang betul dan sebarang pertukaran pusat peperiksaan selepas pendaftaran tidak akan dilayan.

PENDAFTARAN UJIAN GANTIAN

Permohonan calon sekolah/institusi akan diuruskan oleh penyelaras MUET sekolah/institusi. Manakala permohonan calon persendirian individu perlu diurus oleh calon berkenaan.

Semua pendaftaran hendaklah dibuat secara dalam talian sahaja di pautan berikut:

Tarikh Ujian MUET/ CEFR R Gantian adalah pada 29 MAC 2021.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda