Penjana-ECERDC: Tawaran Program Latihan & Jaminan Kerja Percuma Dibuka
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan untuk menerajui pelaksanaan Pelan Tindakan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor.
Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membantu individu yang terkesan dari wabak Covid-19 Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan (MOF) telah mewujudkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Universiti Malaysia Pahang (UMP), melalui UMP Advances Education merupakan universiti teknikal bertaraf 5 bintang telah diberi kepercayaan oleh ECERDC bagi melaksanakan program Penjana – ECERDC.
Isi Kandungan
KURSUS DITAWARKAN
Antara kursus ditawarkan dalam program Penjana ECERDC adalah:
- Plant project & turnaround assistant
- Mechanical filter rigger
- Basic scaffolding
SYARAT KELAYAKAN
- Berumur 18 hingga 45 tahun dan mempunyai Sijil SPM/ setaraf dan keatas
- Warganegara Malaysia berasal dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan Daerah Mersing Johor (Wilayah Ekonomi Pantai Timur)
- Bersedia bekerja di tempat tinggi dan mencabar
- Sihat dan cergas untuk bekerja dalam industri minyak dan gas serta sektor pembinaan
- Bebas dari masalah disiplom dan belum pernah menyertai program PENJANA
- Tidak bekerja sepenuh masa
- Hanya calon yang layak akan terpilih
KELEBIHAN PROGRAM
Antara kelebihan menyertai program adalah:
- Yuran program ditanggung sepenuhnya
- Makan minum dan penginapan disediakan
- Peralatan asas kursus diberi Percuma
- Jaminan penempatan pekerjaan
PERMOHONAN PROGRAM
Individu yang berkelayakan dan berminat dengan program yang ditawarkan boleh membuat permohonan secara dalam talian sehingga 12 Mac 2021. Klik pautan berikut untuk mohon:
Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi UMP Advanced Education di talian:
- Tel Pejabat: 09 – 5493182
- Email: faizalakram@ump.my / qayyum@ump.my