Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP
Bagi mengatasi masalah pengangguran di negara kita, inisiatif MySTEP telah diperkenalkan dengan peluang kerja dari pelbagai jabatan dan syarikat ditawarkan kepada lepasan sekolah, graduan dan pencari kerja. Kebanyakan jabatan yang mengeluarkan iklan permohonan MySTEP meminta calon yang berminat untuk membuat permohonan melalui email.
Pemohon yang tidak pernah mohon kerja melalui email boleh rujuk PANDUAN INI. Setiap permohonan kerja melalui email mestilah dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti Resume, CV dan sijil akademik.
Nak upload dokumen untuk mohon kerja melalui email pun ada caranya! Ikuti perkongsian di bawah untuk cara attach dan upload dokumen mohon kerja MySTEP dengan betul.
Baca juga: Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Isi Kandungan
TIPS ATTACH & UPLOAD DOKUMEN
Untuk attach dan upload resume serta sijil bagi permohonan kerja melalui email, ikut tips berikut:
- Fail dihantar dalam bentuk format PDF
- Fail dihantar mempunyai tajuk yang berkaitan dengan jenis dokumen (contoh: RESUME – NUR AINA)
- Gunakan email dengan nama sendiri yang profesional (contoh: nuraina@gmail.com)
Baca juga: Cara Tukar Format Dokumen PDF, Word, PPT, JPG & Excel Dengan Mudah
CARA ATTACH & UPLOAD DOKUMEN UNTUK MOHON KERJA
Berikut adalah langkah-langkah attach dan upload resume serta sijil diminta untuk mohon kerja melalui email:
- Buka email anda seperti biasa
- Masukkan alamat email penerima yang betul (seperti dinyatakan dalam iklan jawatan)
- Masukkan subject yang sesuai dengan jenis jawatan dimohon.
- Masukkan cover letter yang sesuai. Boleh dapatkan contoh email lengkap DI SINI.
- Klik ATTACH FILE untuk upload dokumen yang diminta
- Pilih dokumen-dokumen dalam bentuk PDF yang seperti yang diminta dalam iklan jawatan (resume, CV, sijil akademik dan lain-lain)
Dah upload dokumen yang diminta dan semak semula email ditulis bagi pastikan tiada kesilapan, klik SEND. Siap! Diingatkan sekali lagi, setiap permohonan kerja melalui email mestilah dimuat naik bersama dokumen diminta dalam bentuk PDF dan mestilah dinamakan.
Semoga bermanfaat!