Pengguna Maybank2u Diminta Waspada Dengan Laman Web Maybank2u Palsu Ini
Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan laman web palsu Maybank2u yang menyerupai laman web sebenar. Kini, pihak Maybank telah mengeluarkan kenyataan di laman Facebook berkenaan maklumat waspada dengan perkara tersebut.
Amat sukar untuk mengenalpasti laman web palsu baru-baru ini, ini disebabkan ‘scammer’ semakin licik mencipta laman web ‘phishing’ yang kelihatan semirip dengan laman web sebenar supaya anda tertipu untuk memberi maklumat peribadi, nama pengguna dan kata laluan Maybank2u.
Sekali salah masukkan maklumat di laman web palsu, akibatnya amat besar kepada pengguna!
Isi Kandungan
PERIKSA URL SEBELUM KLIK
Jika ada mencari ‘Maybank’ atau ‘Maybank2u’ melalui enjin carian, pastikan anda periksa URL sebelum klik. Walaupun laman web Maybank akan selalu muncul sebagai hasil carian teratas, ianya lebih selamat jika anda menaip URL terus ke pelayar.
- Laman web SEBENAR: maybank2u.com.my
- Laman web PALSU: https://campaignmay2u.com/
Apa yang membezakan kedua-dua laman web ini adalah jenis penggunaan font dan laman web palsu tiada pengesahan kata kunci keselamatan. Cuba lihat perbandingan di bawah:
PASTIKAN ANDA BLOCK LAMAN PALSU
Bagi memastikan anda TIDAK TERKLIK laman web palsu tanpa sengaja atau secara tidak sedar, pastikan anda BLOCK laman web palsu sekarang! Ikut langkah-langkah berikut untuk block laman web palsu:
- Buka Google dan klik BLOCK SITE EXTENSION
- Klik BLOCK SITE, WEBSITE BLOCKER FOR CHROME dan GOOGLE CHROME
- Seterusnya, klik kotak biru pada atas skrin yang tertulis ADD TO CHROME
- Klik ADD EXTENSION
- Klik ikon berbentuk perisai berwarna oren dan klik ikon tersebut seterusnya klik SETTING
- Pada bahagian BLOCKSITE, set kata kunci dan buat tetapan MOD KERJA
- Pada setting BLOCKSITE, masukkan alaman website yang anda ingin block
- Masuk ke laman web yang disekat dan klik ikon perisai merah BlockSite, kemudian klik BLOCK THIS SITE pada bahagian popup
Siap! Dah tak perlu bimbang selepas anda block laman web palsu ini. Walaubagaimanapun, anda diminta untuk sentiasa berhati-hati dalam mendedahkan maklumat. Semak betul-betul sebelum masukkan maklumat dan pastikan laman web digunakan adalah yang betul.
Sekiranya anda telah mendedahkan butiran log masuk Maybank2u di laman web palsu secara tidak sengaja, sila hubungi pihak Maybank dengan segera di talian 03-5891-4744.
Semoga bermanfaat!